Viral Kembali Ayam Goreng KFC Semakin Kecil

JIka tahun lepas kecoh di media sosial ramai pelanggan KFC dapat ayam goreng bersaiz kecil, kini peristiwa tersebut kembali berulang. Segalanya bermula di Twitter, seorang pengguna menaik satu gambar beserta ciapan dia menerima ayam goreng KFC lebih kecil dari roti.

AzharKhilmy menerusi ciapannya tidak berpuas hati dengan ayam goreng tersebut. Malah di dalam gambar tersebut boleh nampak roti lagi besar dari ayam goreng.

Ayam goreng KFC
Kredit AzharKhilmy

Malah selebriti Azwan Ali juga meluahkan rasa kecewa apabila membeli ayam goreng KFC dapat saiz kecil.

Kau tengoklah KFC. Seketul aku dah bedal sebab aku lapar sambil drive seketul lagi kau tengok? Aku order ayam tapi aku tengok semakin hari semakin kecil drumstick ini. Dah macam burung puyuh dah.So to KFC, kot iye pun kau nak untung, kot iye pun kau tak ada stock ketul ayam-ayam yang besar kau jangan jual KFC lah.

Azwan Ali

Malah di Twitter ramai membandingkan KFC dengan jenama restoram makanan segera yang lain. Pesaing KFC menyediakan ayam goreng dengan saiz yang lebih besar.

Ayam Goreng KFC Kecil? Macam mana nak buat aduan.

Jika makan di restoran memang mudah nak buat aduan. Tapi sekarang ni semua take away dan delivery je kan. Okay jangan risau. Hak anda tetap terpelihara.

Untuk membuat aduan, jangan lupa ambil gambar dahulu. Nanti pihak KFC tak percaya pula kan.

Kemudian terus buat adauan di website KFC di https://kfc.com.my/support.

Semoga lepas ni KFC mengambil berat tentang saiz ayam. Takut nanti hilang pelanggan je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge