Umrah Antarabangsa Dibuka Pada 1 Muharram 1443H

Berita yang ditunggu-tunggu. Umrah Antarabangsa dibuka pada 1 Muharram 1443H (10 Ogos 2021). Kementerian Pelancongan Arab Saudi telah membuka kembali visa pelancong setelah hampir 2 tahun ditutup.

Visa pelancong merupakan salah satu visa yang boleh digunakan untuk masuk ke negara Arab Saudi. Kelebihannya adalah boleh digunakan untuk mengerjakan umrah serta melancong dalam negara Arab Saudi.

umrah antarabangsa dibuka

Semua negara dibenarkan menghantar jemaah melalui penerbangan terus. Kecuali 9 negara iaitu India, Pakistan, Indonesia, Mesir, Turki, Argentina, Brazil, Afrika Selatan dan Lebanon yang memerlukan kuarantin 14 hari sebelum tiba di Arab Saudi.

Perlu 2 Vaksin Lengkap Untuk Umrah Antarabangsa

Setiap jemaah disyaratkan telah menerima 2 dos lengkap vaksin Covid-19. Antara vaksin yang diterima adalah:

Pfizer, Mordena, Astrazeneca atau J&J.

Jemaah yang telah menerima 2 dos lengkap vaksin Sinovac dari Negara China perlu mendapatkan satu vaksin tambahan ‘booster’ (penggalak) yang telah ditetapkan sama ada:

Pfizer, Mordena, Astrazeneca atau J&J.

Jemaah juga perlu buat swab. Keputusan PCR test yang negatif sekurang-kurang 72jam sebelum memasuki negara Arab Saudi.

Jemaah mesti berumur 18 tahun ke atas. Setiap jemaah perlu mengikut agensi Umrah yang diakreditasi oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Cuma buat masa ini, negara kita belum membuka lagi pintu sempadan dan membenarkan rakyat keluar bercuti dan membuat ibadah umrah.

Semoga keadaan semakin baik dan kerajaan membuka kembali pintu sempadan. Terutama untuk jemaah mengerjakan umrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge