Tunai Umrah, Penerima Sinovac Perlu Dos Penggalak

Berita baik buar penerima Sinovac yang ingin menunaikan ibadah umrah. Kerajaan Arab Saudi telah membenarkan individu yang mengambil suntikan vaksinasi Sinovac menunaikan umrah. Ini dengan syarat mendapatkan dos ketiga seperti mana ditetapkan.

Syarat pengambilan dos penggalak itu hanya dikenakan kerajaan Arab Saudi kepada vaksin jenis Sinovac. Berdasarkan maklumat terbaharu, Arab Saudi mahu suntikan kali ketiga bagi Sinovac sahaja manakala Pfizer dan Astra Zeneca tidak memerlukan dos penggalak ini. Ia bermakna mereka yang mengambil suntikan Sinovac sebelum ini dibenarkan menunaikan umrah namun perlu mengambil suntikan kali ketiga.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham
Umrah

Sebelum ini, beberapa agensi pelancongan memaklumkan mengenai syarat tambahan bagi umrah norma baharu termasuk suntikan Sinovac tidak diterima.

Syarat lain yang dikenakan ialah kebenaran membabitkan sekali umrah sahaja, 25 orang dalam sebuah bas, hanya bilik berdua dibenarkan dan jemaah berusia 18 tahun ke atas boleh menunaikan umrah.

Ogos lalu, kerajaan Arab Saudi meluluskan dua lagi vaksin COVID-19 iaitu Sinovac dan Sinopharm selain Oxford-AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson dan Moderna.

Dos Penggalak Percuma Untuk Tunai Umrah

Langkah kerajaan menyediakan dos penggalak bagi bakal jemaah umrah yang tidak menerima jenis vaksin ditetapkan kerajaan Arab Saudi, sememangnya membantu mengurangkan beban kumpulan sasar yang sebelum ini bimbang tidak dapat melaksanakan ibadat itu.

Pengumuman mengenai penyediaan dos penggalak oleh kerajaan ini amat positif dan PAPUH sangat mengalu-alukannya. Ini menunjukkan keprihatian kerajaan kepada bakal jemaah umrah yang sudah lama terpaksa menangguhkan hasrat untuk ke Tanah Suci.

One thought on “Tunai Umrah, Penerima Sinovac Perlu Dos Penggalak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge