Trend Terkini Pemasaran Bisnes Menggunakan Video

Pemasaran bisnes menggunakan konten video kini menjadi satu instrument penting dalam pemasaran online. Terdapat pelbagai segmen video digunakan, antaranya seperti live di Facebook dan Instagram, webinar dan juga video tutorial berbentuk dvd. Malah kini ramai yang menggunakan YouTube sebagai medium pemasaran produk. Menggunakan FB, IG dan Twitter Story serta TikTok juga satu trend terkini bagi usahawan sekarang.

Setiap jaringan sosial memiliki peluang masing-masing untuk konten video. Sebelum memutuskan untuk menggunakan video dan meletaknya di setiap platform, anda patut mahir untuk menguasai video pada 1-2 jaringan terlebih dulu.

pemasaran bisnes

Lihat sahaja bagaimana sambutan para pengikut anda pada video yang telah anda muat naik di media sosial. Jauh lebih besar jumlah engagement yang wujud berbanding dengan kandungan bukan video.

Jumlah Like, komen dan perkongsian yang besar wujud kerana algoritma yang ada menyokong video sebagai kandungan yang rangkaian-rangkaian media sosial ini mahukan di platform mereka.

Di dalam pemasaran menggunakan video, perkongsian berbentuk tips, tutorial, pantang larang, ‘how to, ini semua elemen-elemen yang boleh memberi nilai kepada bakal pelanggan anda. Lebih kerap anda post video yang bernilai tinggi, lebih tinggi kredibiliti anda, lebih tinggi alasan mereka untuk follow anda berbanding pesaing lain.

Jika sebelum ini FB, IG dan Twitter Story hanya untuk peribadi. Kini ramai usahawan menggunakan dua medium ini untuk mempromosikan produk. Ini kerana mereka percaya ianya membantu dari segi Brand Awareness.

video marketing

Ramai pengguna media sosial hari ni sangat suka dengan FB, IG dan Twitter Story tu.  Mereka ingin tahu apa perkembangan terkini jenama yang mereka follow tiu. Apatah lagi dengan tempoh 24 jam itu, mereka seolah-olah ada satu keperluan utk melihat update tersebut, kalau tidak mereka mungkin akan terlepas update yg menarik.

Walaupun FB, IG dan Twitter Story nampak seperti pemasaran tidak formal, jangan terkejut jika ada peniaga yang buat duit melalui medium ini. Pengikut mereka hanya klik, dan skrol satu persatu Story yang ada di media sosial mereka. Ianya lebih cepat dan mudah berbanding post yang lalu di newsfeed mereka.

Satu lagi medium pemasaran video yang semakin dikenali dan ramai yang menggunakan adalah YouTube. Youtube mula diperkenalkan pada 14 Februari 2005 sebagai satu platform untuk memuatnaik video-video ke dalam server mereka.

BACA JUGA : Kad Debit MAE Visa Maybank

YouTube bukan sahaja telah berkembang menjadi salah satu destinasi maklumat, pendidikan dan hiburan dalam talian utama bagi rakyat Malaysia, tetapi ia juga telah maju dengan pesat dengan penglibatan para individu dan jenama yang menggerakkan kandungan video masing-masing di YouTube serta penonton yang memilih untuk membesar bersama platform ini.

Antara kelebihan menggunakan YouTube ialah YouTube merupakan Search Engine kedua selepas Google. Kenapa?

YouTube adalah milik Google. Kebiasaannya kalau nak Search sesuatu yang kita mahukan, kita akan terdorong untuk menggunakan YouTube sebagai Search Engine. Di YouTube anda boleh lihat video dan explaination lebih jelas.

Sebab itu jenama-jenama besar sekarang menggukan YouTube bagi memasarkan produk mereka. Kebanyakan produk baru yang dilancarkan pasti akan diletakkan di dalam YouTube.

Statistik menunjukkan bahawa pengguna YouTube adalah sebanyak 1,300,000,000 dari seluruh dunia. Dan lebih 5 juta video ditonton di dalam Youtube dalam masa sehari.Daripada sini kita dapat lihat betapa besarnya potensi YouTube sebagai satu medium pemasaran online dengan menggunakan video.

Jadi anda yang mempunyai bisnes perlu mengambil peluang untuk memasar serta mengiklankan produk anda menggunakan video di semua medium media sosial.

2 thoughts on “Trend Terkini Pemasaran Bisnes Menggunakan Video

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *