Tragedi Pesawat Hawk TUDM. Bukan Kali Pertama Berlaku

Salam takziah disampaikan buat keluarga Kapten Mohamad Affendi Bustamy, juruterbang yang maut pabila sebuah pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth. Kejadian jam 10.07 malam itu juga melibatkan Mejar Mohd Fareez Omar yang cedera.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan memaklumkan kedua-dua juruterbang itu sedang melaksanakan latihan penerbangan (Night Flying) ketika nahas berlaku.

Didoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan semoga ahli keluarga tabah hadapi ujian yang amat berat ini

pesawat hawk

Kejadian yang membabitkan pesawat Hawk milik TUDM malam semalam bukan kali pertama berlaku. Insiden membabitkan pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas dan mendarat cemas sejak 1996.

Kronologi Insiden Pesawat Hawk Milik TUDM

18 Jun 1996 – Pesawat pejuang Hawk 108 terhempas ketika membuat penerbangan latihan berhampiran Pangkalan TUDM di Butterworth, Pulau Pinang. Tiada kecederaan.

23 Julai 1996 – Pesawat pejuang Hawk terhempas dan meletup di sebuah gaung kecil di luar Lapangan Terbang Labuan. Dua juruterbang terselamat.

10 September 1998 – Juruterbang terkorban apabila pesawat latihan Hawk 208 yang dikendalikannya terhempas di Kuala Betis, Gua Musang kira-kira 200 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan.

kronologi pesawat Hawk
Kredit: Berita Harian

2 Oktober 2000 – Pesawat pejuang Hawk 108 terbabas semasa mendarat di Pangkalan TUDM Labuan selepas menjalani latihan penerbangan biasa. Juruterbang terselamat.

18 Disember 2003 – Dua juruterbang terbunuh apabila pesawat pejuang Hawk 100 terhempas di perairan Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.

23 Jun 2005 – Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara TUDM Labuan, mengorbankan juruterbangnya.

4 Mei 2007 – Pesawat pejuang Hawk 208 terhempas di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang. Juruterbang terselamat.

15 Jun 2017 – Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di sempadan Terengganu dan Pahang setelah terputus hubungan pada 11.30 pagi. Dua juruterbang disahkan terkorban selepas pesawat itu terhempas di kawasan hutan berpaya di Chukai, Terengganu.

16 November 2021 – Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 terbabit dalam kemalangan di kawasan landasan Pangkalan Udara di Butterworth, Pulau Pinang pada 10.07 malam. Seorang juruterbang terselamat manakala seorang lagi terkorban.

One thought on “Tragedi Pesawat Hawk TUDM. Bukan Kali Pertama Berlaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge