TMJ Pemilik Pertama PS5 Di Malaysia

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan harga konsol PlayStation 5 (PS5) secara rasmi buat pasaran Malaysia baru-baru ini. Maka ramai peminat PS5 yang mengimpikan untuk menjadi orang pertama memilikinya.

Konsol PlayStation 5 itu hanya boleh didapati di Malaysia pada 11 Disember 2020 selepas pra tempahan dibuka kepada orang ramai 12 November lalu.

Namun, di sebalik penantian peminat dan gamer PS5 itu, rupa-rupanya ia telah berjaya dimiliki oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Lebih mengagumkan lagi, difahamkan beliau menjadi individu terawal di Malaysia yang memilikinya.

TMJ dan PS5

Perkara itu didedahkan TMJ menerusi beberapa posting di Instagram Story semalam.

Satu gambar menunjukkan kotak pembungkusan PS5 dan satu lagi gambar TMJ bersama kotak konsol tersebut.

Sebelum ini, dapat dilihat beberapa selebriti serta tech reviewer negara luar yang mencubanya namun siapa sangka, TMJ berjaya memilikinya hampir tiga minggu lebih awal daripada pelancaran rasmi di Malaysia.

Untuk rekod PlayStation 5 edisi digital dijual pada harga RM1869 dan versi dengan pemacu optik Ultra HD Blu-ray pula pada harga RM2299.

Turut diumumkan ialah harga aksesori rasmi pengawal DualSense (RM349), fon kepala Pulse 3D (RM469), HD Camera (RM279), Media Remote (RM149) dan Dual Sense Charger (RM149).

Difahamkan sehingga kini sudah terdapat 26 permainan akan menggunakan konsul berkenaan sekali gus menyokong spesifikasi terkini PS5.

Permainan-permainan PS5 juga sudah boleh dipra-tempah adalah seperti Demon’s Souls, Marvel’s Spider-Man Miles Morales dan juga Sackboy A Big Adventure.

Please follow and like us:

2 thoughts on “TMJ Pemilik Pertama PS5 Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *