TMJ Mahu Bantu Skuad Harimau Malaya

 Tunku Ismail Sultan Ibrahim  yang juga Tunku Mahkota Johor atau lebih dikenali sebagai TMJ telah menawarkan diri untuk membantu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meningkatkan persembahan skuad Harimau Malaya.

Baginda yang merupakan bekas Presiden FAM menyatakan hasrat tersebut pada ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya HRH Crown Prince of Johor.

TMJ

Kepada Presiden FAM, izinkan saya untuk memikul tugas dalam skuad kebangsaan. Saya akan sediakan mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera kepada anda. Tetapi saya dapat memberi jaminan mengenai peningkatan (prestasi pasukan)

Isu Pemain Naturalisasi

Melalui Insta Story yang sama TMJ turut mencadangkan badan induk itu tidak memberi status naturalisasi kepada mana-mana pemain asing dengan sewenang-wenangnya pada masa akan datang.

Baginda yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, pengambilan pemain naturalisasi perlu dikawal dan dibuat analisis secara terperinci oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan.

Menurut TMJ, hari ini pergi untuk tugasan pasukan kebangsaan bukan lagi satu misi atau tugas bagi sesetengah orang. Ia seperti percutian musim panas.

Sistem mesti diubah. Lepas ini naturalisasi jangan bagi sebarang sebarang. Ia mesti dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan. Adakah pemain itu sesuai dengan gaya permainan kita?

Katanya lagi Sasaran realistik. Selangkah demi selangkah. Setiap langkah positif adalah bonus. Jika keputusan tidak baik, kita bekerja keras.

Isu pemberian status naturalisasi kepada pemain asing untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya kini hangat diperkatakan. Ini susulan prestasi kurang menyerlah Guilherme De Paula, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

Pasukan negara setakat ini tumpas kepada pasukan UAE dan Vietnam.

2 thoughts on “TMJ Mahu Bantu Skuad Harimau Malaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge