TH Umum Agihan Keuntungan Tahun 2020

Lembaga Tabung Haji, TH telah mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat untuk tahun kewangan 2020 sebanyak 3.1 peratus, lebih tinggi berbanding agihan tahun sebelumnya pada 3.05 peratus.

Menurut TH agihan tersebut melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion kepada sembilan juta pendepositnya, lebih tinggi berbanding RM2.14 bilion pada 2019.

Agihan keuntungan ini adalah berdasarkan prestasi dan kemampuan kewangan TH tahun semasa dan tertakluk kepada pematuhan kehendak Akta Tabung Haji 1995.

Pemegang akaun TH boleh semak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas pukul 12 tengah hari pada hari Rabu, 3 Mac 2021 menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat dan melalui saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Pengiraan Agihan Keuntungan

Cara pengiraan agihan keuntungan bagi tahun 2020 adalah dengan mengambil kira purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun 2020 dan didarabkan dengan kadar yang ditetapkan, iaitu 3.10% bagi tahun 2020. Pengiraan terperinci adalah seperti berikut:

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan x 3.10% = (Baki simpanan terendah setiap bulan dari Januari–Disember 2020 / Bilangan Bulan) x 3.10%

Agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambil kira zakat. TH membayar zakat bagi pihak pendeposit.

Pendeposit TH tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan serta agihan keuntungan yang diterima, selaras dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke-17 pada 3 Mei 1979.

Kadar Agihan Keuntungan TH

Siapa Yang Layak Menerima Agihan Pendapatan

Semua pendeposit TH dengan akaun simpanan yang berstatus aktif pada 31 Disember 2020 adalah layak.

Agihan keuntungan akan dikreditkan terus ke dalam akaun pendeposit yang masih aktif dan layak menerima agihan keuntungan. Bagi akaun-akaun simpanan yang telah ditutup dalam tahun 2021 (sebelum 3 Mac 2021) pendeposit atau waris pusaka perlu hadir ke pejabat-pejabat cawangan TH yang berdekatan.

BACA JUGA : Simpanan Haji Melalui JomPAY

Siapa Yang Tidak Layak Menerima Agihan Pendapatan

  • Pendeposit dengan akaun tidak aktif dalam tahun semasa kerana status dorman;
  • Pendeposit dengan akaun yang ditutup dalam tahun semasa; dan
  • Pendeposit dengan akaun yang dibuka dalam bulan Disember (tidak cukup satu bulan penuh).

Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi tujuh (7) tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif (dorman), selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995).

Terma dan syarat di bawah kontrak Wakalah (Akad Wakalah) telah menyatakan bahawa akaun adalah ditutup selepas semua baki simpanan dikeluarkan daripada akaun dan pendeposit hanya berhak kepada jumlah yang telah dikreditkan ke dalam akaun pada masa akaun tersebut ditutup.

Sebarang info lanjut boelh layari laman sesawang TH

One thought on “TH Umum Agihan Keuntungan Tahun 2020

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge