Tempat Makan Sedap Di Langkawi Yang Perlu Singgah

Langkawi. Selain syurga membeli-belah, Langkawi juga syurga makanan bagi food hunter. Banyak tempat makan sedap di Langkawi

Kat langkawi ni banyak tempat makan yang best dan sedap. Cuma kena pandai cari supaya tak kena ‘sembelih’ harga. Di sini abam nak senaraikan tempat makan yang abam biasa singgah. Insya-Allah harga semuanya berpatutan.

Tempat Makan Sedap di Langkawi Yang Perlu Terjah

Kita mulakan dengan sarapan.

Nasi Dagang Pak Malau

Nasi Dagang Pak Malau
Sumber Foursquare

Nasi Dagang Pak Malau merupakan di antara tempat makan sedap di Langkawi yang wajib dikunjungi sekiranya bercuti di Pulau Langkawi. Nasi Dagang Pak Malau kini menjadi salah satu menu unik sarapan pagi di Langkawi.

Menggunakan resepi asli nasi dagang Terengganu, Pak Malau turut menyediakan pelbagai menu tambahan yang dimakan bersama nasi dagang istimewanya seperti gulai ikan tongkol, kurma kambing, daging kerutup, ayam kampong dan macam-macam lagi.

Alamat : No. 186, Jalan Makam Mahsuri, Mukim Ulu Melaka, Langkawi, Kedah 07000 Langkawi, Kedah, Malaysia

Facebook : Nasi Dagang Pak Malau

Kemudian untuk makan tengahari kita singgah makan kerabu bronok.

Restoran Siti Fatimah

Restoran Siti Fatimah

Di Langkawi, kalau nak makan kerabu bronok ni boleh singgah di Restoran Siti Fatimah. Salah satu restoran yang abam wajib singgah.

Dah la harga murah, makanan pun sedap-sedap belaka. Terletak di Kampung Mata Air, restoran ni memang tumpuan pelancong.

Restoran ini menyajikan pelbagai masakan tempatan Melayu utara semasa makan tengahari. Waktu yang terbaik untuk menikmati hidangan makan tengahari di sini adalah pada jam 11.30 pagi kerana ketika itu masih belum ramai pelanggan yang datang.

Dengan trademark “Kalau sedap bagitau kawan kawan,Tak sedap bagitau kami”, waktu perniagaan setiap hari Khamis hingga Selasa. Bermula jam 8.00 pagi hingga 5 petang.

Info

Restoran Siti Fatimah

Batu 5,Kg.Mata Air,Jalan Makam Mahsuri, 07000 Langkawi 

012-473 7430

Facebook : Restoran Siti Fatimah

Medan Selera Kompleks HIG

Lepas shopping coklat di Kompleks HIG boleh singgah makan di Medan Selera Kompleks HIG. Sini ada beberapa gerai makan tengahari yang sedap dan murah.

Medan Selera Kompleks HIG sudah dinaik taraf untuk keselesaan pengunjung.

Kalau untuk minum petang pula, abam cadangkan nikmati laksa di belakang airport Langkawi. Di sini bukan setakat makanan, kita boleh nikmati sunset kerana gerai mengadap pantai.

Laksa Power Tepi Airport

Ramai yang suka makan di sini. Laksa Power menjadi tumpuan pengunjung pada waktu petang.

Laksa Power

Bukan setakat laksa, ada juga pasembor dan makanan ringan lain. Nikmati makanan sambil tengok kapal terbang mendarat dan berlepas satu pengalaman yang best.

Dah puas layan sunset, kita terjah tempat makan malam yang menarik. Harga di sini pun berpatutan.

Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant

Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant

Terletak di kawasan yang agak tersorok, ramai yang kurang kenal dengan Warung Upih Ikan Bakar Seafood Beach Restaurant ni. Namun sini la tempat untuk menikmati makanan laut segar sambil mendengar deruan ombak.

Pengunjung suka datang waktu matahari terbenam. Suasana di sini seperti Jimbaran, Bali.

Lokasi Restaurant hanya mudah sahaja:– Warung Upih berada Di Charlie Motel- Bersebelahan Zanie Watersports- Di Pantai Tengah, Langkawi.- Tidak perlu naik bot.

Facebook : Warung Upih

Warung Upih

Kalau nak makan malam yang ringkas pula, boleh singgah di Pantai Cenang. Ada satu lokasi food truck yang menjual pelbagai jenis makanan.

Tapak Foodtruck Pantai Cenang

Tapak foodtruck pantai cenang

Di Tapak Foodtruck Pantai Cenang, korang boleh makan santai-santai. Ada macam-macam makanan yang boleh dipilih. Harga tak mahal seperti food truck tempat lain. Memamg tempat makan sedap di Langkawi yang perlu singgah.

Di sini memang meriah dengan pengunjung.

5 thoughts on “Tempat Makan Sedap Di Langkawi Yang Perlu Singgah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge