Tawaran Saman PDRM Dilanjutkan Sehingga 31 Disember

Berita baik buat rakyat Malaysia. Polis Diraja Malaysia (PDRM) melanjutkan tempoh tawaran saman trafik sehingga 31 Disember ini. Tawaran diskaun bagi kesalahan trafik kesalahan terpilih hingga 80 peratus dengan had minimum RM30 itu disambung bagi memberi peluang kepada orang ramai mengambil sedikit masa menjelaskan saman mereka.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sendiri yang memaklumkan berkaitan perkara tersebut.

Tawaran Saman PDRM Dilanjutkan

PDRM telah memutuskan untuk memberi peluang kepada semua rakyat menyelesaikan kesemua saman-saman tertunggak mereka dengan kadar yang sama sehingga 31 Disember ini.

Sebalilknya mereka boleh ke semua kaunter-kaunter trafik di seluruh negara.

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani

Kata beliau, pembayaran boleh dibuat di semua kaunter di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di seluruh negara.

Selain itu saman juga boleh dibayar di :

  • Portal Dan Aplikasi Mudah Alih Mybayar Saman
  • Pejabat Pos Malaysia
  • ATM Maybank

5 Langkah Cara Bayar Saman PDRM di ATM Maybank

Hari ini tular cara bayar saman PDRM di mesin ATM Maybank. Dari apa yang abam tahu, hanya pemegang kad Maybank sahaja yang boleh bayar melalui mesin ATM.

Jom abam kongsikan perkongsian dari Mr’Shahrul Iman cara bayar saman PDRM di ATM Maybank.

Langkah 1

TEKAN PAYBILLS

Langkah 1

Langkah 2

TEKAN PEMBAYARAN SAMAN PDRM

Langkah 2

Langkah 3

TERUSKAN

Langkah 3

Langkah 4

MASUKKAN NO IC

Langkah 4

Langkah 5

TEKAN UNTUK BUAT BAYARAN

LANGKAH 5

Selepas semua selesai, simpan resit untuk rujukan.

One thought on “Tawaran Saman PDRM Dilanjutkan Sehingga 31 Disember

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge