Tawar Badal Haji Meragukan, MOTAC Akan Ambil Tindakan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan terhadap pengusaha pelancongan yang menawarkan pakej badal haji yang meragukan menerusi media sosial sejak akhir-akhir ini.

Menurut MOTAC, pihaknya amat memandang serius tawaran pakej berkenaan memandangkan harganya jauh lebih rendah daripada caj pakej dan permit haji yang dikenakan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Badal Haji

“MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) yakni Seksyen 8(d) Akta 482 menyebut syarikat pengusaha pelancongan tidak boleh menjalankan perniagaan mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara,”

Awani

Menurut MOTAC pengusaha pelancongan yang melanggar akta berkenaan boleh dikenakan penggantungan atau pembatalan lesen.

Sehubungan itu, MOTAC menasihatkan orang awam untuk membuat pengesahan terlebih dahulu terhadap apa-apa pakej yang ditawarkan dan hanya mempertimbangkan syarikat berlesen demi memastikan hak mereka terpelihara.

Senarai syarikat pelancongan yang berlesen di bawah MOTAC boleh dirujuk pada laman sesawang MOTAC

Sebelum ini, Pengarah Operasi Bimbingan Haji Tengku Aziz Raja Abdullah dilaporkan berkata lambakan iklan yang mempromosikan pakej badal haji pada harga tidak munasabah perlu diberi perhatian serius kerana ia seolah-olah tindakan sengaja mengaut keuntungan.

Katanya, Lembaga Tabung Haji yang memainkan peranan penting di Tanah Suci pun tidak melaksanakan badal haji tahun ini kerana menyedari pelbagai peraturan yang ditetapkan Arab Saudi.

Tiada Badal Haji Ditawarkan Oleh Pelajar Malaysia Di Mekah

Persatuan Pelajar Malaysia Mekah (PPMM) telah mengeluarkan kenyataan menyangkal konon ada menawarkan perkhidmatan badal haji bagi musim kali ini seperti yang tular menerusi wadah media sosial. PPMM memaklumkan tiada badal haji ditawarkan dan mereka juga tidak pernah langsung mengambil upah badal haji bagi agensi tertentu.

Tiada badal haji

Kenyataan PPMM itu merujuk beberapa hantaran yang tular menerusi platform media sosial di negara ini dengan turut menyatakan penuntut terbabit hanya mengenakan kos terlalu rendah.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kos permit bernilai 10,000 riyal (kira-kira RM11,730) seorang dengan protokol amat ketat serta dianggap mustahil sanggup diambil penduduk tempatan sendiri. Sebab itulah ramai yang berpesan tentang tiada badal haji tahun ini dengan kos yang jauh berbeza.

Kerajaan Arab Saudi sudah mengeluarkan pakej dan permit badal haji musim 2022 dengan harga yang paling murah iaitu sekitar RM12,000.

Pihak yang ingin melaksanakan badal haji digesa untuk sentiasa berhati-hati dari tertipu dengan pihak yang tidak bertanggungjawab.

One thought on “Tawar Badal Haji Meragukan, MOTAC Akan Ambil Tindakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge