Tarikh Rayuan BPR Dibuka Mulai 15 -30 Jun 2021

Seperti yang diketahui, bayaran Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR fasa ke-2 telah dibuat. Namun ada juga yang berjaya fasa 1 tidak layak pada fasa ke-2. Jadi ramai yang gagal menunggu tarikh rayuan BPR ini.

Bagi tahun 2021, Kerajaan telah mengemaskini data golongan B40 yang layak menerima bantuan. Bayaran fasa pertama dan kedua telah dilaksanakan pada Februari/Mac dan Mei 2021. Manakala bayaran fasa ke-3 akan dibuat pada September 2021.

Disebabkan Kerajaan menyedari bahawa mungkin masih ada rakyat yang layak menerima BPR namun masih belum didaftarkan di dalam pengkalan data Kerajaan. Oleh itu, Kerajaan telah membuka tarikh rayuan BPR mulai 15-30 Jun 2021.

Tarikh Rayuan BPR

Pemohon yang lulus rayuan ini turut layak menerima bayaran BPR Tambahan yang telah diumumkan dalam Program PEMERKASA+ seperti penerima yang lain.

Apa itu PEMERKASA+? boleh baca di artikel BANTUAN PKP 3.0

Cara Membuat Rayuan dan Tarikh Bayaran

Terdapat 2 kaedah untuk membuat rayuan. Pertama melalui dalam talian di https://bpr.hasil.gov.my/

Kedua boleh hantar Borang Rayuan BPR 2021 secara manual melalui temujanji ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. Namun ketika tempoh Sekatan Pergerakan ini lebih baik semua rayuan dibuat di dalam talian.

BACA : Sebab BPR Tak Lulus

Setelah permohonan rayuan lulus, pembayaran rayuan BPR akan disalurkan pada Ogos 2021 (BPR Tambahan) dan September 2021( BPR Fasa 3).

Berikut adalah jumlah dan tarikh bayaran BPR 2021

BPR 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge