Tarikh Bayaran iSinar Pengeluaran KWSP Akaun 1

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup. Permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 melalui program i-Sinar dibuka pada 21 Disember lalu.

Semua permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP sama ada secara digital atau fizikal telah berjalan lancar.

Menurut Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, bagi mereka yang benar-benar layak, maklumat telah tersedia di dalam pangkalan data KWSP. Sistem ini akan memberi kelulusan secara automatik kepada mereka.

tarikh bayaran iSinar

Bagi tarikh permohonan i-Sinar KWSP bagi 2 kategori adalah seperti berikut:

  • Kategori 1: 21 Disember 2020
  • Kategori 2: 11 Januari 2021

Bagi yang belum tahu cara untuk memohon boleh baca Cara Mohon Pengeluaran iSinar.

Tarikh Bayaran iSinar

cara mohon pengeluaran isinar

Tarikh bayaran i-Sinar KWSP bagi pemohon yang layak adalah seperti berikut:

  • Tarikh bayaran i-Sinar KWSP kategori 1: 11 Januari 2021
  • Tarikh bayaran i-Sinar KWSP kategori 2: Pertengahan Februari 2021

Semakan status permohonan i-Sinar KWSP bagi kategori 1 boleh dibuat mulai 4 Januari 2021.

Sekiranya anda ingin dapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan berkaitan pengeluaran i-Sinar, anda boleh terus hubungi talian 03 8922 4848 pada jam 8 pagi hingga 8 malam sahaja.

Untuk pengetahuan semua,

KWSP tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak anda.

Buat masa ini tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar. Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge