Tambahan Kuota Haji 10,000 Untuk Malaysia

Berita baik untuk rakyat Malaysia beragama Islam. Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan kuota rasmi haji untuk jemaah Malaysia sebanyak 10,000

“Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan.

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di Riyadh.

Kuota tambahan ini diberi apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya,

Tambahan 10,000 kuota haji
Kredit gambar : PMO

Malaysia Diutamakan Dalam Tambahan Kuota Haji

Ketika ini, kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia sejak tahun 2020 adalah 31,600. Jumlah tersebut meningkat berbanding kuota 30,200 jemaah pada tahun sebelumnya.

Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kuota jemaah haji bagi sesebuah negara adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduknya.

Putera Mahkota memaklumkan kota Mekah dan Madinah masih dalam proses pembesaran dan ini boleh menambah jumlah haji dan umrah. Malaysia juga akan diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah

haji

Malaysia dan Arab Saudi turut menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah. Inisiatif tersebut akan memudahkan proses prapelepasan jemaah Haji dan Umrah Malaysia, seperti urusan penerbangan, semakan visa dan pasport, prosedur kastam dan urusan logistik lain.

MOU ditandatangani Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi pihak Malaysia dan rakan sejawatannya Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Alhamdulillah , rezeki untuk rakyat Malaysia. Boleh dah mula mendaftar , membuat simpanan atau buat rayuan kepada yang masih belum dapat giliran dan panggilan.

BACA INI : Rayuan Haji

One thought on “Tambahan Kuota Haji 10,000 Untuk Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *