Tak Dapat ‘HA” Di MLM2021, Ahli Kumpulan Taici Kecewa

Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) telah masuk ke minggu kelima. Bersiaran pada jam 9 malam di Astro Warna, MLM2021 kali ini menampilkan kumpulan-kumpulan baharu yang terdiri dari artis komedi senior Tanah Air.

Baru minggu kelima sudah ada isu panas. Ini merupakan kali pertama peserta dalam pertandingan komedi di skala mega ini tidak menerima sebarang ‘HA’ dari barisan Juri Tetap.

Hal tersebut membuatkan Kumpulan Taici tersingkir pada minggu tersebut kerana dilihat kurang menyerlah berbanding kumpulan-kumpulan yang lain.

MLM2021
Kumpulan Taici

Walau bagaimanapun, disebalik penerimaan mereka terhadap keputusan para juri, ahli kumpulan tersebut iaitu Chiwan dan Tapai telah meluahkan rasa ralat diatas penyingkiran kumpulan Taici.

Ahli Kumpulan Tapai Ralat Tersingkir di MLM 2021

Menerui Instagram peribadinya, Chiwan berasa sedikit kecewa apabila usaha mereka tidak dihargai lebih-lebih lagi buat pertama kalinya dalam sejarah pentas MLM tiada langsung HA diberikan kepada peserta. Perkara tersebut juga dikongsi oleh Tapai di komen Instagram pelawak senior Shahrol Shiro.

pentas MLM adelah pentas keramat untuk semua pelawak di malaysia ni.. disinila kami akan bermula untuk mencari tapak dalam industri lawak malaysia..disini rumah kami dan disini juga kami mencari rezeki..

kami bukan badut yang berada di atas pentas untuk memperbodohkan diri sendiri.. dalam kami bertanding pentas ini juga adelah pentas untuk kami menghiburkan anda semua..

tiap2 minggu kami memerah otak mencari content untuk dipersembahkan diatas pentas..bile persembahan itu menjadi kami dipuji dan diangkat setinggi tingginya tapi bile tak menjadi kami ibarat pesalah yg menanti hukuman untuk dihentam..

kalau ade kekurangan sila nyatakan ape kekurangan kami supaya boleh diperbaiki untuk menjadi lebih baik..

nilai la kami sebagai anak seni yg berkarya di atas pentas bukannya menilai kami seperti org yg tak tau ape itu komedi..

semua yg berada dia atas pentas tu adelah yg terpilih bukan random people..cukup2 la memandang popularity

kami sedar kami kalah popularity tapi kami tau ape itu komedi.. jadilah adil dalam menjuri

Mana Maruah Kami- Tapai

untuk pertama kali dalam sejarah tiada HA dalam MLM..

maruah kami nak campak mana??

kami tak kata kami layak untuk dapat HA yg bnyak sekurang kurangnya berila untuk effort yg kami dh berikan..

persembahan kami tak hebat mana malam tadi tp kami yakin n dapat dengar gelak tawa org dalam studio..

kami tertanya tanya persembahan kami untuk penonton atau untuk juri

kepada semua yg menyokong taici kami ucapkan ribuan terima kasih kepada korang semua..
maafkan kami untuk persembahan malam tadi jika ada kekurangan atau ada kata2 yg mengguris hati mana2 pihak.. kami terima rezeki kami hanya sampai disini..

Abam sebagai peminat Maharaja Lawak Mega pun terkejut dengan barisan juri kali ini. Komen-komen juri agak membosankan dan juga ada pilih kasih di antara peserta.

Di minggu kelima kalau ikutkan ada kumpulan yang tak layak di beri HA yang banyak. Namun disebabkan mereka popular, juri bagi HA kepada mereka.

Rasanya program ini perlu diberhentikan buat seketika selepas ini. Mutu lawak dan penjurian terlalu hambar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge