Stress vs Burnout – Apa Perbezaannya

Stress vs burnout. Nampak macam sama, tetapi pernah tak terfikir apa beza antara dua ini?

Stress ini baik atau buruk? Secara asasnya, stress ini bukan baik atau buruk, sebab ia hanya reaksi badan dan minda kita terhadap sesuatu tekanan. Boleh jadi positif (Eustress), ia bagi motivasi kita untuk buat terbaik. Contohnya ada exam, menyebabkan kita belajar ilmu itu.

stress

Boleh juga jadi stress yang negatif, iaitu Distress. Apabila tekanan yang dialami itu melangkaui daripada kemampuan kita. Contohnya exam juga, tetapi sebab kita study last minute, ada lagi 14 chapter belum baca, paper pula lagi 2 hari. Belum kira ada assignment subjek lain pula.

Jadi, stress itu sendiri, baik atau tak, bergantung kepada:

1. Perspektif kita terhadap tekanan itu

2. Keanjalan mental kita (resilience), iaitu kemampuan untuk kembali ke minda yang positif setelah lalui tekanan/kecederaan emosi

3. Tahap keterukan stress dan kesan kepada kita

Apa Itu Burnout

burnout

Okay. Burnout pula bagaimana? Terjemahan BM, ‘Lesu Upaya’ ini merujuk kepada kelesuan mental seseorang yang sedang alami tekanan berterusan dan melampau, pada masa yang lama.

Itu kata kunci dia: 1. Tekanan kepada diri 2. Melebihi kemampuan 3. Dalam masa berpanjangan

Burnout ini berbeza dengan stres, iaitu ia beri kesan kepada pelbagai perspektif:

1. Emosi – Sedih/ marah/ geram kerja banyak

2. Fizikal – Badan penat, hilang tenaga

3. Pemikiran – Rasa nak lari dari kerja, tak nak buat tugasan

4. Tingkahlaku – Keluar rumah hanya untuk kerja

Nampak macam sama dengan stress kan? Yup, dekat situ dia sama, iaitu manifestasi keadaan mental terzahir melalui 4 komponen penting. Jadi, beza dia, kembali semula ke definisi.

“Tekanan, melebihi kemampuan, masa berpanjangan.”

Jadi, dekat sini perbezaan terbesar dia. Bila seseorang itu alami pada masa yang lama, tetapi terpaksa hadap juga kerja/tugasan/belajar sebab faktor tanggungjawab, cari rezeki, tiada pilihan lain. Jadi, burnout ini biasanya kena pada pelajar atau pekerja.

Perbezaan Stress dan Burnout:

1. Tenaga.

Stress buat badan hilang tenaga (sebab ‘constant fight-or-flight state’), tetapi burnout berpunca daripada hilang motivasi, lalu membawa kepada hilang tenaga badan dan emosi.

2. Kebaikan

Stress ada baik dan buruknya. Tetapi burnout memang secara asasnya ialah sesuatu yang negatif dan merosakkan kesihatan mental seseorang.

3. Punca

Stress boleh berlaku banyak sebab dalam faktor seharian, walaupun benda kecil tetapi signifikan bagi seseorang (e.g. selipar kena curi di masjid).

Tetapi burnout kebiasaan, melibatkan tanggungjawab seperti pekerjaan atau pelajaran. Sebab benda kena hadap hari-hari.

4. Kesan jangka panjang

Stress berpanjangan boleh bawa ke anxiety, iaitu ketakutan/kerisauan tahap melarat. Contoh, banyak fikir masalah kerja/ susah nak tenang otak daripada tugasan. Burnout pula lebih cenderung ke depression, sebab rasa lesu, kosong, penat, berterusan pula tu.

5. Pemikiran

Stress buat seseorang rasa panik, nak cepat dan risau sebab fikir tugasan semakin banyak, deadline dekat dll. Jadi, kita jadi rasa ‘urgency’ dan ‘hyperactivity’ (bukan tahap ADHD). Burnout pula buat orang itu rasa ‘helplessness’, sebab nak tak nak, kena hadap juga.

Kredit : Aiman Psikologi

2 thoughts on “Stress vs Burnout – Apa Perbezaannya

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge