SPA Kenal Pasti Salah Laku Integriti Calon Exam PSEE

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengenal pasti calon yang melakukan salah laku integriti dengan mewujudkan kumpulan tertentu dalam platform media sosial seperti WhatsApp dan Telegram. Ini bertujuan menawarkan perkhidmatan berbayar penyediaan jawapan atau bersubahat melakukan aktiviti peniruan dan perkongsian jawapan bagi tujuan lulus PSEE.

Kenyataan itu menyebut SPA memandang serius perkara berkenaan dan menegaskan bahawa permohonan calon terbabit bagi sebarang jawatan lain tidak akan dipertimbang.

Salah Laku Integriti

Pencarian di ruang Telegram mendapati wujud beberapa kumpulan antaranya ‘Bank Soalan PSEE’ dan ‘PSEE Daya Menyelesaikan Masalah’ yang memuat naik set soalan, jawapan serta cara kerja bagi soalan penyelesaian masalah.

Turut dimuatkan peringatan kepada anggota kumpulan bahawa mereka dilarang menghantar sebarang soalan dalam kumpulan terbabit ketika peperiksaan berlangsung.

SPA memandang serius perkara ini dan telah mengambil tindakan tegas dengan MEMBATALKAN keputusan peperiksaan dan MENYENARAIHITAMKAN calon yang terlibat. Permohonan calon bagi sebarang jawatan tidak akan dipertimbangkan.

PSEE merupakan ujian aptitud yang dijalankan secara dalam talian sebagai saringan awal kepada pemohon pekerjaan merangkumi penilaian pengetahuan am, keupayaan dalam penyelesaian masalah dan ujian kefahaman bahasa Inggeris.

Salah laku integriti

Bagi pendapat abam, SPA harus mengkaji semula keberkesanan exam ini. Kadang-kadang soalan untuk exam PSEE ni terlampau sukar. Mungkin bagi calon lepasan universiti yang baru tamat pengajian ia mudah kerana mereka baru selesai belajar. Bagaimana pula dengan calon yang sudah lama tinggalkan dunia pelajaran.

Ini pengalaman abam sendiri. Bagi PSEE jawatan Penguasa Penjara KA41, soalan menyelesaikan masalah lebih kepada matematik tambahan. Dengan tempoh masa yang agak singkat, memang tidak dapat menjawab dengan baik.

Setiap soalan PSEE haruslah berkaitan dengan jawatan yang ditawarkan.

One thought on “SPA Kenal Pasti Salah Laku Integriti Calon Exam PSEE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge