Sistem iBayaq Memudahkan Rakyat Negeri Kedah

Masih ramai belum tahu kewujudan sistem iBayaq yang pantas, selamat dan mudah digunakan sejak sistem ini diperkenalkan pada beberapa bulan yang lepas.

Melalui sistem iBayaq, pembayaran cukai tanah, sewa perumahan dan pinjaman pendidikan kini hanya di hujung jari.

Sesuai sangat dengan situasi sekarang yang menyarankan kita supaya tidak bersesak-sesak di sesuatu tempat awam.

Sistem iBayaq

Sistem iBayaq diperkenalkan bagi menggantikan kaedah pembayaran lama melalui kaunter pembayaran secara manual atau serahan tangan.

Cara Pembayaran Sistem iBayaq

Cara Pembayaran iBayaq

Pembayaran bil melalui sistem iBayaq boleh menggunakan kredit kad, debit kad dan juga FPX.

Hanya dengan 5 langkah sahaja. 

✅ Layari sistem iBayaq

✅ Cari bil

✅ Imbas QR Code pada bil atau gunakan No. MyKad

✅ Pilih bil yang ingin dibayar

✅ Bayar secara online

BACA JUGA :- Aplikasi THiJARI Untuk Rayuan Haji

Sistem iBayaq bertujuan memudahkan dan mempercepatkan bayaran pelbagai jenis hasil kepada Kerajaan Negeri Kedah. Hasil seperti cukai tanah, kutipan bil perumahan, bayaran semula pinjaman pendidikan dan pinjaman usahawan kini semua boleh dibayar secara atas talian.

Ini adalah selari dengan inisiatif mendigitalkan pelbagai perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah.

One thought on “Sistem iBayaq Memudahkan Rakyat Negeri Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge