Simpanan Haji Melalui JomPAY Memudahkan Pendeposit

Simpanan haji melalui JomPAY. Para pendeposit TH kini boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa di mana-mana sahaja, melalui JomPAY.

JomPAY adalah inisiatif nasional, yang disokong oleh Bank, untuk membolehkan pindahan wang melalui perkhidmatan JomPAY yang dikendalikan oleh Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Simpanan Haji Melalui JomPAY

Cara Melakukan Transaksi Simpanan Haji Melalui JomPAY

Bagaimana saya melakukan transaksi simpanan haji ke Akaun TH melalui JomPAY menggunakan perbankan internet?

  1. Pendeposit perlu log masuk ke perbankan internet pilihan 
  2. Pilih JomPAY
  3. Pendeposit perlu mengisi maklumat transaksi yang diperlukan dan sahkan transaksi
    • Biller Code – 60228
    • Biller Code Name – Tabung Haji-Deposit
    • Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
    • Ref-2 – jika ada
    • Amaun (RM)

Tiada caj perkhidmatan kepada pendeposit.

Pendaftaran tidak diperlukan dengan JomPAY. Walau bagaimanapun, pendeposit perlu mempunyai akses perbankan Internet atau perbankan mudah alih di bank pilihan pendeposit.

BACA JUGA : Rayuan Haji 2021

Berapa lama masa yang diperlukan untuk transaksi deposit dimasukkan ke dalam akaun TH saya?

Transaksi akan masuk pada keesokan hari bekerja.

Waktu Operasi TH

Adakah terdapat masa cut off semasa membuat transaksi?

Ia bergantung kepada perbankan internet pilihan pendeposit

Berita baik untuk mereka yang ingin membuat simpanan haji kepada orang lain terutamanya untuk ibu bapa atau anak-anak, kita boleh melakukan transaksi untuk Akaun TH sendiri atau Akaun TH Pihak Ketiga. Maklumat yang diperlukan hanyalah nombor Akaun TH untuk melakukan transaksi.

Untuk maklumat lanjut boleh ke website TH

4 thoughts on “Simpanan Haji Melalui JomPAY Memudahkan Pendeposit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *