Gagal permohonan iSinar Kategori 1? Jangan risau. Anda masih berpeluang untuk membuat permohonan iSinar Kategori 2. Anda hanya perlu memuat naik dokumen sokongan dengan langkah yang ditetapkan. Senarai semak dokumen iSinar Kategori 2 perlu ada supaya memudahkan anda
Untuk makluman anda, bagi yang sudah mohon kategori 1 tetapi tidak lulus, anda tidak perlu membuat permohonan baharu.

Jika anda mendapat mesej ‘PERMOHONAN ANDA SEDANG DIPROSES’, ia bermaksud anda perlu menyertakan dokumen sokongan mulai 11 Januari ini.
Senarai Semak Dokumen iSinar Kategori 2
Permohonan untuk kategori 2 ini perlu disertakan bersama dokumen seperti senarai semak dokumen iSinar Kategori 2 berikut:
- Slip gaji sebelum dan selepas pengurangan pendapatan; DAN
- Notis pemberhentian atau pemotongan elaun dan/atau tuntutan kerja lebih masa; DAN/ATAU
- Jika dokumen di atas tidak boleh dikemukakan, sebarang dokumen sokongan lain seperti penyata bank atau surat pengesahan majikan akan diberi pertimbangan.

Untuk memudahkan permohonan, pihak KWSP telah memberi penerangan cara untuk menghantar dokumen secara dalam talian.
Cara muat naik dokumen sokongan iSinar kategori 2 :




Kenapa Dokumen Sokongan Diperlukan?

Status permohonan i Sinar kategori 2 akan dimaklumkan kepada pemohon dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya sekiranya permohonan i Sinar kategori 2 anda diluluskan
Untuk sebarang pertanyaan tentang permohonan iSinar Kategori 2, sila hubungi HOTLINE 03-8922 4848
Laila dah semak..tapi macam tak layak memohon je..takpelah