Semakan Status Permohonan iSinar Kategori 1

Berita baik buat pencarum KWSP yang telah membuat permohonan iSinar kategori 1. Semakan status permohonan iSinar Kategori 1 sudah boleh dibuat.

Melalui info dari KWSP, permohonan pengeluaran wang dari Akaun 1 melalui program i-Sinar yang dibuka pada 21 Disember lalu, semua permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP sama ada secara digital atau fizikal telah berjalan lancar.

Semakan Status Permohonan iSinar Kategori 1

Cara Semakan Status Permohonan iSinar Kategori 1

Cara semakan status permohonan isinar kategori 1 adalah seperti berikut:

  1. Layari isinar.kwsp.gov.my
  2. Tekan butang SEMAK STATUS PERMOHONAN
  3. Isikan nombor MyKad / MyPR
  4. Isikan nombor telefon bimbit berdaftar dengan iAkaun
  5. Tandakan butang reCAPTCHA (saya bukan robot)
  6. Klik SEMAK STATUS

Status permohonan korang akan dipaparkan.

Jika permohonan berjaya, pembayaran pertama yang anda telah setkan ketika membuat permohonan akan dikreditkan seawal 08 Januari 2021.

Jika tidak tidak berjaya, sama-sama kita tunggu jika pihak KWSP menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan.

Tarikh rayuan iSinar KWSP Akaun 1 akan dimaklumkan kemudian.

Untuk tarikh pembayaran pengeluaran pula akan dibuat mengikut kategori 1 dan kategori 2 iaitu:

Kategori 1 (diluluskan automatik) : Mulai 08 Januari 2021

Kategori 2 (status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat) : Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.

Permohonan Kategori 2 boleh dibuat mulai 11 Januari 2021

Permohonan bagi semua Kategori boleh dibuat dalam masa enam bulan bermula tarikh dibuka.

Artikel Berkaitan : Cara Mohon Pengeluaran iSinar

Kaedah bayaran adalah seperti berikut:

  • Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan pencarum.
  • Pembayaran akan dilakukan menerusi kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik pemohon.
permohonan isinar

Perkara penting sebelum memohon;

Untuk melancarkan proses permohonan, pemohon digalakkan untuk:

  • Mendaftar i-Akaun KWSP
  • Mengemaskini nombor telefon bimbit untuk menerima TAC di cawangan atau kios KWSP

Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran adalah:

i. Masih aktif
ii. Milik anda
iii. Bukan akaun bersama

i-Sinar merupakan kemudahan yang diberikan kepada ahli KWSP yang terjejas ketika krisis Covid-19 untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Ia merupakan sistem yang diperkenalkan KWSP untuk memudahkan ahli pencarum membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP.

Please follow and like us:

One thought on “Semakan Status Permohonan iSinar Kategori 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *