Sebab BPR Fasa Ke-2 Tak Lulus dan Tarikh Rayuan

Pengumuman tarikh bayaran BPR fasa ke-2 telah diketahui. Semua pemohon BPR fasa kedua boleh membuat semakan status mulai 7 Mei. Bayaran melalui akaun masing-masing akan diberi kepada penerima yang berjaya mulai 7 Mei hingga 12 Mei.

Namun, di laman sosial, ramai penerima BPR yang mengeluh kenapa mereka tidak menerima bayaran fasa kedua walaupun fasa pertama telah lulus.

BPR Fasa Ke-2 Tak Lulus

Kenapa BPR Fasa 2 Tidak Lulus?

Menurut FAQ (Soalan Lazim) Pembayaran BPR Fasa 2 yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), kelayakan pembayaran fasa seterusnya adalah berdasarkan semakan verifikasi kelayakan bagi permohonan BPR 2021 yang dibuat selepas tarikh tutup pendaftaran BPR 2021.

Ini bermakna, terdapat proses semakan yang tetap akan dilakukan bagi menyaring penerima BPR Fasa 2 dan seterusnya.

Alasan Kenapa BPR Fasa Ke-2 Tak Lulus

Antara alasan TIDAK LULUS BPR FASA 2 yang dikongsikan oleh pengguna media sosial adalah seperti berikut:

  • 05 – Maklumat pengenalan pasangan perlu pengesahan
  • 12 – Pemohon berdaftar sebagai Pemegang Saham / Pengarah Syarikat / Perkongsian Liabiliti Terhad
  • 36 – Pemohon / pasangan adalah penerima GKP31 – Status perkahwinan perlu pengesahan
  • 39 – Semakan pendapatan yang dilaporkan pada borang melebihi pendapatan kelayakan yang ditetapkan termasuk perniagaan
  • Maklumat Pengenalan Pemohon berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melibatkan Nama / Nombor Pengenalan / Status Kewarganegaraan
  • Maklumat Pengenalan Pasangan berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Pengenalan Anak berbeza dengan semakan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Hubungan Pertalian antara Anak dan Pemohon / Pasangan tidak sepadan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Pemohon tidak melepasi syarat kelayakan bagi Kategori Bujang
  • Semakan agensi mendapati Anak tidak melepasi syarat kelayakan bagi umur lebih dari 18 tahun sebagai Pelajar Sepenuh Masa

Tarikh Rayuan BPR Fasa Ke-2

Sekiranya anda menerima kod alasan BPR Fasa 2 yang dianggap tidak munasabah atau tidak bertepatan dengan status sebenar anda, maka anda bolehlah mengemukakan rayuan BPR Fasa 2 yang akan dibuka tidak lama lagi.

Menurut kenyataan media, rayuan akan dibuka mulai 15 hingga 30 Jun 2021.

Dengan adanya proses rayuan ini, sebahagian daripada mereka yang ditolak permohonannya masih diberi peluang untuk mengemukakan rayuan.

Namun, pastikan anda menyertakan dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh pihak LHDNM .

One thought on “Sebab BPR Fasa Ke-2 Tak Lulus dan Tarikh Rayuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge