Sambal Nyok Nasi Lemak Resepi Mak

Pernah makan nasi lemak bersama sambal nyok? Sambal nyok (kelapa) merupakan resipi istimewa mak abam. Enak dimakan bersama nasi lemak.

Nasi lemak bagi keluarga saya adalah satu hidangan wajib jika berkumpul bersama-sama atau pergi berkelah. Mak akan masakkan nasi lemak untuk kami 5 beradik.

Nasi lemak yang mak masak mesti cukup ringkas. Nasi lemak, sambal sotong, telur rebus dan ikan bilis. Namun yang istimewanya mesti ada sambal nyok.

Bahan dan Cara Buat Sambal Nyok

Sambal nyok

Sambal nyok ini bahan-bahannya adalah kelapa, cili hidup, belacan, asam jawa, garam dan gula. Bahan yang menjadi penyedap sambal ini adalah pucuk daun kari. Semua bahan ini akan digiling.  Mak akan guna baru pengiling. Zaman sekarang dah tak ramai yang gunakan batu pengiling. Semua nak gunakan mesin pengisar.

Rasa memang berbeza antara batu pengiling dan mesin pengisar. Guna batu pengiling masih ada tekstur pada sambal nyok. Kalau guna mesin pengisar sambal nyok jadi terlalu halus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *