RM5,000 Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19

Bantuan khas sekali bayar RM5,000 diberikan kepada waris pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19. Waris kepada individu yang meninggal dunia akibat COVID-19 boleh membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19.

Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 NADMA merupakan bantuan one-off RM5,000 diberikan kepada waris si mati yang meninggal dunia berkaitan jangkitan virus COVID-19 (kematian akibat COVID-19 atau kematian dengan COVID-19).

Bantuan Khas Pengurusan Kematian

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), memaklumkan bantuan wang tunai secara sekali bayaran itu akan diberikan kepada waris yang memenuhi syarat ditetapkan. Bantuan ini hanya layak kepada warganegara Malaysia yang menetap di negara ini.

Hanya satu waris saja layak menerima bantuan khas ini. Sekiranya terdapat lebih dari satu permohonan dikemukakan waris si mati, NADMA hanya akan mempertimbangkan permohonan pertama yang diterima.

Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19

Menurut NADMA, waris perlu mengisi borang permohonan lengkap dengan menyertakan bersama dokumen penting dan kegagalan berbuat demikian menyebabkan permohonan ditolak.

BORANG PERMOHONAN (Lampiran A) disahkan oleh hospital yang memaklumkan kematian berkaitan Covid-19 perlu diisi.

Dokumen lain diperlukan adalah salinan sijil kematian, salinan kad pengenalan waris dan si mati dan salinan penyata bank milik pemohon yang masih aktif.

Permohonan lengkap boleh dihantar melalui kiriman pos kepada Ketua Pengarah NADMA di alamat NADMA, Jabatan Perdana Menteri, Aras 7, Blok D5, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502, Putrajaya untuk pengetahuan Sekretariat Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN).

Kaedah lain adalah menerusi kiriman emel ke bkcovid19@nadma.gov.my dan WhatsApp di talian 011-13218056.

Bayaran bantuan khas itu akan dibuat secara pindahan dana elektronik (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap.

Nadma setakat ini menerima kira-kira 1,500 permohonan daripada rakyat Malaysia untuk bantuan khas berkenaan. Setakat Julai lalu telah menyalurkan RM6.16 juta di bawah Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 kepada 1,232 waris yang kematian ahli keluarga akibat Covid-19.

One thought on “RM5,000 Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge