Ringkasan Pencapaian 2020-2021 Menteri Hal Ehwal Agama

Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah mengeluarkan infografik Ringkasan Pencapaian 2020-2021.

Ringkasan Pencapaian ini menunjukkan laporan aktiviti sepanjang beliau bergelar menteri. Sebanyak 34 laporan yang membabitkan aktiviti dan pencapaian agensi-agensi di bawah beliau.

Rata-rata pengguna media sosial mengagumi dan berterima kasih atas semua usaha yang dilaksanakan oleh Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Infografik Ringkasan Pencapaian 2020-2021

Ringkasan Pencapaian
Ringkasan Pencapaian
Ringkasan Pencapaian
Ringkasan Pencapaian

Biodata Ringkas Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Yang Berhormat Senator Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri lahir 16 Januari 1969. Beliau merupakan bekas Mufti Wilayah Persekutuan ke-7.

Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-‘Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma’alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Dr. Zulkifli
Kredit zulkiflialbakri.com

Dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976-1981). Pendidikannya diteruskan di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988).

Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993).

Beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin.

Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan.

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengetuai enam Senator baharu mengangkat sumpah pada 10 Mac 2020 susulan pelantikan mereka menyertai Kabinet pada 9 Mac 2020. Beliau yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri V S Vigneswaran.

Video Ringkasan Pencapaian

2 thoughts on “Ringkasan Pencapaian 2020-2021 Menteri Hal Ehwal Agama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge