Resipi Pasta Udang Berkrim Yang Mudah dan Sedap

Suka makan pasta? Apa kata cuba resipi pasta udang berkrim yang mudah dan sedap ni.

Penyediaan untuk 4 orang hanya mengambil masa 30 min. 15 min persediaan, 15 minit masak.

Pasta udang berkrim

Resipi Pasta Udang Berkrim

Bahan-bahan

200 gram spaghetti

250 gram udang sederhana (dibuang kulit)

1 sudu besar minyak

3 ulas bawang putih (dicincang)

1 sudu kecil serbuk paprika

Garam dan lada hitam secukup rasa

Sos

1/2 cawan mayonis. Boleh tukar dengan greek yogurt

1/4 cawan sos cili manis Thai

Jus lemon atau jus limau nipis

Secubit chili flakes

2 sudu besar daun parsli segar

Cara-caranya

Untuk membuat sos, kacau semua bahan sehingga sebati dan letak ketepi dahulu.

Pada masa yang sama, boleh rebus spaghetti mengikut cara di bungkusan.

Bagi udang pula, boleh masak dengan menggunakan oven, air fryer ataupun gril di dalam kuali.

Udang dicampur dengan minyak, bawang putih, serbuk paprika,garam dan lada hitam. Gaul rata dan masak dalam tempoh 6-8 minit.

Di dalam mangkuk besar, satukan pasta, udang dan sos. Gaul bagi rata kemudian boleh dihidangkan.

Jangan lupa tabur daun parsli atau boleh tambah cili merah dan tabur sedikit keju parmesan.

Siap.

One thought on “Resipi Pasta Udang Berkrim Yang Mudah dan Sedap

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *