Resipi Chocolate Chips Cookies

Ada yang tanya kat abam kenapa kongsi resipi Chocolate Chips Cookies ni. Sedangkan setiap tahun abam jual. Tak ada masalah pun.

Lagi pula, resipi ni pun abam ambil dari Majalah Saji keluaran Ogos 2012. Chef Amer yang kongsikan. Jadi sesiapa pun boleh mencuba resepi ni.

Chocolate Chips Cookies
Gambar AMVP TV

Resipi Chocolate Chips Cookies

Resepi asal Chef Amer (Majalah Saji Ogos 2012)

Bahan-Bahan

250 gm mentega

70 gm gula halus

80 gm gula perang

1/2 sudu kecil esen vanila

1 biji telur

1 biji kuning telur

60 gm kacang badam – panggang sebentar

40 gm oat

250 gm cip coklat

Bahan Ayak

300 gm tepung

10 gm serbuk koko

1/2 sudu kecil serbuk penaik di ayak bersama 1/2 sudu kecil serbuk soda

50 gm susu tepung

Cara Menyediakan

Mentega dipukul bersama gula dan gula perang serta esen vanila sehingga sebati. Kemudian masukkan telur dan kuning telur. Pukul lagi sehingga sebati.

Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit. Peringkat ini hanya gaul kaupkan adunan. Tak perlu pukul lagi.

Selepas itu boleh masukkan badam, oat dan coklat cip. Gaul sebati dan rata.

Sudukan adunan di atas dulang yang dilapikkan dengan kertas pembakar. Saiz adunan ikut kesesuaian. Ada nak besar atau ada nak kecil.

Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170’c selama 20 minit bergantung kepada ketuhar anda.

Siap.

Petua Abam

Gunakan bahan yang premium untuk mendapatkan rasa cookies yang sedap.

Cookies ni boleh saja buat dalam apa saja bentuk. Bulat dengan tangan kemudian tekap dengan garfu pun boleh.

Kalau nak cookies ni rangup, boleh dibakar dengan lebih lama.

Simpan di dalam bekas kedap udara supaya cookies tak ‘masuk angin’.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *