Rayuan Haji 2021 / 1442H Menerusi Aplikasi THiJARI

Rayuan haji untuk tahun 2021 / 1442 hijrah kini dibuka. Selalunya pendeposit Tabung Haji (TH) perlu ke cawangan TH untuk membuat rayuan.

Kini, tidak perlu lagi membuat surat rayuan untuk mengerjakan haji sebaliknya boleh membuat rayuan menggunakan aplikasi THiJARI.

Rayuan Haji 2021

Pendeposit boleh membuat rayuan haji bagi tahun 2021 atau 1442H yang dibuka bermula hari ini sehingga 13 Februari tahun hadapan, melalui aplikasi itu.

Kemudahan terbaharu TH itu dibina untuk membantu orang ramai, khususnya kepada mereka yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri, mereka yang ingin membuat rayuan tidak perlu lagi ke pejabat TH, seperti sebelum ini.

“Selain rayuan, aplikasi ini dibangunkan untuk membantu bakal haji menyemak pendaftaran haji, status rayuan, status tawaran haji, jadual penerbangan serta pelbagai perkhidmatan lain dengan mudah,”

Datuk Seri Dr Zulkifli Al Bakri

Cara Daftar Akaun THiJARI

Daftar THiJARI

Pendeposit perlu memastikan mereka telah mengemaskini semua maklumat ahli (termasuk maklumat nombor telefon bimbit) di kaunter TH. Nombor pengesahan (TAC) akan dihantar melalui nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit TH diminta memastikan nombor telefon bimbit yang betul bagi mengelakkan masalah semasa proses log in sistem THiJARI.

Bagi mereka yang telah mengemaskini maklumat, capaian ke perkhidmatan ini boleh dibuat melalui www.thijari.com.my tanpa perlu ke kaunter TH. Tiga langkah mudah bagi menggunakan THiJARI:

  1. Dapatkan capaian melalui www.thijari.com.my (telefon pintar/komputer/laptop dan lain-lain).
  2. Pendeposit hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan nombor akaun TH.
  3. Seterusnya, pendeposit perlu memasukkan nombor telefon bimbit yang telah didaftarkan. Pendeposit diminta memasukkan maklumat peribadi. Sebaik selesai, pendeposit boleh mula menggunakan perkhidmatan THiJARI.

Cara Muat Turun Aplikasi THiJARI

Play Store (Android User):

  1. Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
  2. Tekan “THiJARI MY”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

App Store (iOS User):

  1. Sila taip “THiJARI MY” di ruang carian.
  2. Tekan “THiJARI MY”.
  3. Tekan butang “Install” untuk muat turun.
  4. Anda sudah boleh menggunakan aplikasi THiJARI.

Fungsi Aplikasi THiJARI

Urusan Simpanan dan Pengeluaran
Pelanggan TH boleh melakukan semakan ringkasan, butiran akaun dan rekod transaksi, baki akaun di samping melakukan pindahan simpanan dari akaun TH ke akaun TH (akaun tanggungan dan pihak ketiga). Pengemaskinian profil juga boleh dilakukan. Penyata akaun boleh dimuat turun dan dicetak selain penetapan akaun kegemaran (favourite account).


Urusan Haji
Bagi mempermudahkan urusan Haji, pelanggan TH boleh membuat semakan status pendaftaran Haji dan memuat turun slip pendaftaran Haji. Bagi urusan tawaran Haji pula, surat tawaran dan semakan status tawaran Haji boleh didapati. Pelanggan TH boleh menyemak dan memuat turun jadual penerbangan pergi dan balik. Bagi program Kursus Asas Haji, pelanggan boleh membuat semakan lokasi dan tarikh kursus di samping memuat turun nota Kursus Asas Haji.


Kelab Taha/Taha@U
Pendaftaran Kelab Taha/Taha@U boleh dilakukan melalui THiJARI. Bagi ahli Kelab TaHa/TaHa@U, penyemakan status pendaftaran, E-kad keahlian kelab di samping semakan senarai Rakan Kelab TaHa/TaHa@U boleh dilakukan.


Penamaan/ Hibah Amanah
Pelanggan TH boleh melakukan semakan status Penamaan/ Hibah Amanah bagi akaun sendiri dan juga akaun anak.

Please follow and like us:

One thought on “Rayuan Haji 2021 / 1442H Menerusi Aplikasi THiJARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *