Ramai Jatuh Hati Dengan Suara Hannah Delisha

Sejak tersiar sebuah video ‘cover medley’ lagu-lagu AJL35 yang terpilih untuk berentap dalam merangkul anugerah tersebut di YouTube, ramai peminat yang jatuh hati dengan suara Hannah Delisha.

Hannah Delisha antara artis yang terlibat dalam rangka promosi anugerah tersebut bersama Azmi Saat, Raysha Rizrose dan juga Dean Eiman.

Suara Hannah Delisha

Hannah Delisha menerima pujian bertalu-talu dari netizen yang terpukau dengan kemerduan alunan suaranya.

Ramai yang tidak menyangka Hannah mempunyai suara yang merdu dan berbakat dalam bidang nyanyian.

Hanna Delisha menyanyi

Malah nama Hannah Delisha menjadi trending no. 1 di Twitter ketika ini.

Suara Hanna Delisha Dalam Medley AJL 35

Gandingan kemerduan suara masing-masing dalam menyampaikan lagu akhir AJL35 telah menambat hati penonton. Video tersebut yang dimuat naik ke saluran Youtube telah menjadi tular di mana daya penarik sudah tentulah pelakon cantik manis Hannah Delisha yang sangat merdu dan lincah beraksi ketika menyanyi.

Konsep penggambaran video tersebut merupakan hasil idea daripada Hannah sendiri manakala susunan muzik telah dilakukan oleh penyanyi dan komposer, Azmi Saat.

Sebenarnya ramai tidak tahu, Hannah Delisha telah mempunyai beberapa single dan antaranya ialah Terlalu Mudah.

Lagu Terlalu Mudah ciptaan Faizal Tahir, Mage dan Mike Chan.

Terlalu Mudah

Peminat juga ingin melihat gandingan 4 artis tersebut menyanyi di pembukaan AJL 35 nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *