PRIHATIN Kasih: Cara Semak Status Bantuan

Bermula Julai 2021, menerusi Program PRIHATIN Kasih seramai 300,000 isi rumah golongan miskin bandar akan diberikan bantuan barangan dapur secara tanpa tunai melalui MyKad. Ini membabitkan peruntukan RM100 juta.

Menerusi program itu, bantuan RM100 diberikan secara bulanan selama tiga bulan dan boleh digunakan untuk membeli barangan makanan asas seperti makanan dalam tin, susu bayi, beras, minyak masak, telur dan sebagainya berdasarkan pilihan isi rumah.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, projek perintis program bantuan itu sudah dimulakan 1 Julai lalu kepada golongan miskin bandar di Selangor dan Kuala Lumpur berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

PRIHATIN Kasih

Program PRIHATIN Kasih adalah sebuah program perintis yang dilaksanakan untuk menghulurkan bantuan barangan dapur kepada golongan miskin bandar, melalui kaedah pembayaran tanpa tunai (cashless) menerusi MyKad.

Cara Semak Kelayakan PRIHATIN Kasih

Diumumkan di bawah pakej PEMERKASA, peruntukan RM100 juta untuk program PRIHATIN Kasih dijangka dapat memanfaatkan 300,000 isi rumah di bandar-bandar utama seluruh negara.

300 rantaian pasar raya dan kedai seperti Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco) terlibat di dalam program ini di mana semua bahan asas boleh didapati.

Fasa Pertama yang sudah dilaksanakan pada 1 Julai lalu di Selangor dan Kuala Lumpur menunjukkan maklum balas positif daripada penerima.

Fasa selanjutnya akan dilancarkan di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Melaka dan Terengganu pada Ogos ini.

Sebelum dikembangkan ke Negeri Sembilan, Labuan, Pahang, Putrajaya, Sabah dan Sarawak pada September dan Oktober depan.

Penerima PRIHATIN Kasih yang layak akan menerima mesej SMS daripada MyKasih untuk mengesahkan status mereka sebagai penerima manfaat di bawah program ini, berserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat.

Maklumat lanjut boleh didapati di MyKasih

Cara Semak PRIHATIN Kasih

 Pemilihan penerima bantuan dilakukan dengan mengambil kira pangkalan data dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan e-Kasih yang seterusnya disemak silang dengan pengkalan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Semak status penerima PRIHATIN Kasih di SINI

One thought on “PRIHATIN Kasih: Cara Semak Status Bantuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge