Permohonan dan Semakan BPN 2.0

Mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020, Individu yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan sama ada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh mengemukakan permohonan baharu BPN 2.0

Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 yang baharu boleh di buat di https://bpn.hasil.gov.my/

Pada masa yang sama, semakan juga boleh dibuat di link yang sama.

Permohonan dan Semakan BPN 2.0

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menyarankan agar permohonan baharu BPN 2.0 dibuat secara dalam talian bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan ketika permohonan.

Syarat Kelayakan BPN 2.0

Siapa yang layak memohon BPN 2.0?

Semua warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan belum pernah memohon BPN sebelum ini layak memohon.

Kategori B40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,000 dan ke bawah

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,000 dan ke bawah

Kategori M40

Isi Rumah:

  • Sudah berkahwin
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM4,001 hingga RM8,000

Bujang:

  • Bujang atau Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 tahun dan ke atas termasuk kategori warga emas (60 tahundan ke atas)
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,001 hingga RM4,000

Jumlah Yang Diterima

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang); ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40).

Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

One thought on “Permohonan dan Semakan BPN 2.0

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *