Percutian di Tioman – Tamara Resort Pilihan Yang Tepat

2 kali tiket flight kena cancelled. Lepas tu kali ke-3 guna 4 kenderaan yang berbeza untuk sampai sini abam memang tak ralat memilih percutian di Tioman. Lagi-lagi abam memilih untuk menginap di Tamara Resort. Enjoy gila kot kat sini.

Cantik siot. Bak kata orang Kedah ‘the hidden gems of Tioman’. Bayangkan korang boleh menginap dekat tempat yang best, buka pintu nampak pantai, makanan tersedia 5 kali sepanjang 3 hari 2 malam, ada aktiviti snorkeling, ronda pulau, mandi air terjun (bukan level air terjun tempat skodeng) dan siap dengan pengangkutan.

Percutian di Tioman

Kalau tempat lain maunya harga 5 bintang. Sini semua harga bajet yang kita semua mampu. Pagi-pagi boleh layan matahari terbit, malam lepak pantai layan ombak fuhhhh macam tak mau balik.

Trip abam kali ni lagi best sebab ada pro photographer padu nak mampus Saiful Chin. Semua gambar ni hasil bidikan dia la. Orang kampung abam gak.

Lepas tu pula pengangkutan kami dari Kuala Lumpur ke Jeti Mersing menggunakan perkhidmatan Credvan.

Rasanya 3 hari 2 malam di Tioman memang tak cukup la.

Aktiviti short vacay Tioman 3 hari 2 Malam.

Tengok sunrise sebab resort ni tepi pantai .

Snorkeling di 4 checkpoint

Lunch di Jeti Salang

Mandi di Ali’s Waterfall

Pusing kampung naik motor sewa

Karaoke

Free n easy

Trip kali ni abam pergi dengan sahabat blogger.

Sahabat blogger

Penginapan di Tamara Resort

Resort ni terletak di Kampung Juara. Perjalanan dari jeti ke sini memang mencabar. Naik bukit turun bukit. Best ooooo. Best lepak kat Kampung Juara ni sebab tak sibuk. Tenang je.

Satu lagi kelebihan menginap di Tamara Resort, bilik semuanya dekat dengan pantai. Pagi-pagi boleh layan matahari terbit.

Terdapat 2 jenis penginapan di sini. Bilik dan juga chalet. Ada juga chalet dengan private pool.

White House
Chalet Tamara Resort
Chalet with private pool
Pemandangan dari pantai

Menginap di Tamara Resort Kampung Juara

Harga Pakej mengikut promosi

Penginapan 3H2M

Bilik penginapan berhawa dingin

Bilik 2 katil single/queen/1 queen + 1 single

Makan 5x

Snorkeling 4 checkpoint

Peralatan untuk snorkeling

Transportation 4WD Jeti Tekek – Kg Juara (pergi & balik)

4wd Tamara Resort

Tiket feri dari Jeti Mersing RM35 sehala (Bluewater Ferry)

Aktiviti Snorkeling Tioman

Tak perlu ke luar negara. Dalam Malaysia pun ada tempat snorkeling yang cantik. Pulau Tioman memang tak pernah mengecewakan.

abam snorkeling

Kat sini banyak operator yang menawarkan pakej snorkeling. Namun abam memang recommended korang ambil pakej dengan Tamara Resort.

Kalau pakej lain banyak kena add on, dengan dorang korang bayar pakej penginapan 3 hari 2 malam dah termasuk dengan snorkeling.

Snorkeling

Bukan 1 point, 5 point terus Tamara Village bawa. Siap dengan makan tengahari lagi

.-Monkey Bay

-Shark Point

-Salang

-Taman Laut Pulau Tioman

-Pulau Rengis

Pulau Rengis

Berbaloi tau ambil pakej dorang ni. Memang puas hati. Di Shark Point dan Pulau Rengis, air jernih, coral cantik dan ikan banyak. Cantik ya amat.

Balik dari snorkeling kami singgah di air terjun Ali’s Waterfall. Fuhh tempat lain mesti tak adanya pakej ni. Dah all in dalam pakej.

Ali's waterfall

Kenapa Perlu Pilih Tamara Resort

KELEBIHAN TAMARA RESORT

Kalau nk lepak pulau pada bajet rendah tapi enjoy nak mampus, dtg lah ke Tamara Resort Tioman Island. Pakej selam, ronda pulau dan air terjun . Kalau korang dah boring main travel oversea, ini lah masanya main undersea pulak.

Pantai sangat bersih

Privasi

Banyak spot untuk bergambar

Bilik yang bersih

Staf yang ramah & sedia membantu

INFO

Untuk semua pakej boleh contact Along (017-294 8876)

FB Tamara Resort Tioman Island

TERIMA KASIH

Kawan baik abam merangkap organizer trip ni- Saiful Sazali aka Jenggo

CREDVAN

Credvan

Photographer padu level international Saiful Chin

Travel buddy abam

Sahabat- sahabat blogger :

Hisyamudin Fadzil – Geng Borak

Afzal – afzalsukasuki

Moka – Pena Berkala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge