Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500

Berita yang dinantikan oleh semua penjawat awam. Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju memberi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Bayaran itu juga diberikan kepada kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan dan Kontrak atas Perkhidmatan serta pegawai atas lantikan di bawah program MySTEP.

Bagi pesara kerajaan, RM250 akan diberikan.

Bayaran Khas Kewangan Aidilfitri Pada 25 April

Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April ini.

Bantuan khas itu membabitkan peruntukan RM923 juta bagi manfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara.

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal atas keprihatinan kerajaan supaya kakitangan awam dapat membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi

Ismail Sabri

One thought on “Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge