Penjawat Awam Boleh Bersara Sebelum Umur 60 Tahun

Penjawat awam bersara awal? Bersara sebelum umur 60 tahun?

Sebenarnya penjawat awam boleh bersara awal sebelum umur 60 tahun.

Walaupun telah memilih untuk bersara wajib pada usia 60 tahun, boleh bersara pilihan. Bersara lebih awal. Seawal usia 40 tahun.

Boleh bergelar pesara, layak terima kad pesara, layak terima Ganjaran Perkhidmatan dan layak terima Award Wang Tunai GCR. Namun kena tahu, bila paling awal boleh mulai layak terima Pencen Bulanan.

Bersara sebelum umur 60 tahun

Pencen bulanan akan layak terima mulai usia 55 tahun sekiranya tarikh lantikan adalah selepas 12 April 1991.

Bagi lantikan sebelum 12 April 1991, pencen bulanan boleh layak terima seawal 45 tahun dan seawal 50 tahun (mengikut klasifikasi tertentu).

Pencen bulanan yang diterima seawal usia ini lah yang boleh dicukaikan. Boleh dicukaikan bermakna kena lah ‘declare’. Kena cukai atau tidak, LHDN akan tentukan.

4 Soalan Jika Ingin Bersara Sebelum Umur 60 Tahun

Situasi : “Oh, begitu. Min, saya pilih dah nak bersara wajib pada usia 60 tahun. Lantikan saya SELEPAS tarikh 12 April 1991 dan saya ada beberapa soalan seperti berikut (Jawapan turut teman berikan) :

1. Saya nak bersara pada usia 53 tahun, berapa usia saya layak terima pencen bulanan ye?

Jawapan : Pada usia 55 tahun nanti barulah layak terima pencen bulanan. Kena tunggu sikitlah.

2. Kalau saya nak bersara pada usia 54 tahun pula bagaimana?

Jawapan : Sama, akan layak terima pencen bulanan pada usia 55 tahun juga. Kena tunggu setahun, baru boleh layak terima.

3. Kalau saya nak bersara pada usia 55 tahun, boleh ke?

Jawapan : Ya boleh, boleh sangat, tuan akan terus dapat pencen bulanan pada usia 55 tahun.

4. Hmm kalau saya nak bersara pada usia 56 tahun boleh ke?

Jawapan : Ya boleh, boleh tuan yang budiman, tuan akan mulai layak terima pencen bulanan pada usia 56 tahun. Terus dapat. Tanpa ragu.

Kredit : Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)

One thought on “Penjawat Awam Boleh Bersara Sebelum Umur 60 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge