Di atas sumbangan beliau terlibat di dalam urusan pengebumian jenazah Covid-19 semenjak pandemik mula melanda negara. Serta pernah menyediakan sekitar 40 liang lahad dalam sehari. Encik Rosle Ali berusia 63 tahun, di anugerahkan Tokoh Frontliner Khas Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1443H/2021H.
Menurut ciapan Twitter Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri, pemilihan ini dibuat oleh Jawatankuasa Panel Pemilihan Anugerah Tokoh Ma’al Hijrah 1443H Wilayah Persekutuan.
Encik Roslee Ali merupakan seorang penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Gombak semenjak tahun 2011 hingga kini.

Pemenang dipilih berdasarkan beberapa kriteria seperti daya kepimpinan dan teladan, sumbangan kepada masyarakat, sumbangan kepada organisasi dan sumbangan kepada peringkat negeri.
Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan

Anugerah Tokoh Utama Ma’al Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan, bagi tahun 1443H dianugerahkan kepada, YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Haji Kamarudin Bin Haji Mamat (B) (Mantan Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).
Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, Labuan, Dr Ismuni Bohari dianugerahkan Tokoh Frontliner 1 manakala Tokoh Korporat dianugerahkan kepada usahawan yang juga Pengarah Urusan Ramly Food Processing Sdn Bhd, Datuk Ramly Mokni.
Tokoh Pendakwah Kreatif dianugerahkan kepada pengacara dan personaliti TV3, Ahmad Fedtri Yahya dan Tokoh Mualaf, Pembantu Mubaligh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Nur Maisarah Leong Yoke Keen.
Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al- Bakri mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah. Semoga penghargaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus menabur bakti di negara, khususnya Wilayah-Wilayah Persekutuan.
Terbaik besar jasanya. Power betul tenaga beliau, 40 liang lahad dlm masa sehari..
Laila recently posted…Cara Semak Oximeter Asli Atau Palsu
Sudah pastinya apa yang dikerjakan dan diusahakan dipandang murni oleh seluruh umat
Geng Borak recently posted…Fenomena Hujan Meteor Perseids Malaysia 12 Ogos 2021