Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP Dibenarkan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, melalui satu sidang media khas telah mengumumkan kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas RM10,000 bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Pengeluaran khas RM10,000 KWSP

“Kerajaan mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

“Justeru, hari ini kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000,” katanya menerusi pengumuman yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen, sebentar tadi.

Cara Pengeluaran Khas RM10,000 Akan Diumumkan Kelak

Ismail Sabri berkata, penjelasan lanjut mengenai pengeluaran khas KWSP berkenaan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan dan KWSP.

Beliau menegaskan bahawa keputusan memberi kebenaran pengeluaran caruman KWSP itu adalah keputusan yang sukar kerana ia membabitkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Walaupun kerajaan memberi kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP, namun beliau merayu kepada pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali keadaan benar-benar mendesak.

“Saya berharap pencarum membuat pertimbangan yang sewajarnya sebelum melakukan pengeluaran demi masa depan,”

Ismail Sabri




One thought on “Pengeluaran Khas RM10,000 KWSP Dibenarkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge