Pencen Terbitan Bagi Pesara Yang Meninggal Dunia dan Meninggalkan 2 Orang Balu

Tahukah anda bagaimana untuk kira pencen terbitan bagi pesara yang meninggal dunia dan meninggalkan 2 orang balu? Selalunya orang anggap isteri yang kedua tak dapat pencen suami.

Jom saya kongsikan perkongsian dari tuan Yen SK.

Pencen Terbitan Bagi Pesara Yang Meninggal Dunia dan Meninggalkan 2 Orang Balu

Kajian Kes :

Nama saya Tushee. Suami saya Olubunmi Adigiun, seorang pesara Kerajaan. Beliau telah bersara pada tahun 2010. Kami telah berkahwin pada tahun 1992 dan telah dikurniakan 2 orang puteri yang kini berumur 17 tahun dan 19 tahun.

Untuk makluman, suami saya baru sahaja meninggal dunia pada Sabtu yang lalu setelah seminggu terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat radang paru-paru.

Baru-baru ini, saya telah mendapat makluman bahawa arwah suami mempunyai isteri kedua yang tinggal di utara tanahair. Mereka telahpun berkahwin pada tahun 2006 dan hasil perkahwinan tersebut dikatakan telah mempunyai 3 orang anak. Saya amat-amat terkilan kerana arwah suami tidak pernah menceritakan hal ini kepada saya.

Soalan saya, adakah balu ke 2 ini juga layak memohon pencen terbitan suami saya? Jika ya, sampai bila?

Adakah anak hasil perkahwinan ke dua ini juga layak menerima pencen suami saya? Sebelum mereka berkahwin, isteri keduanya itu merupakan seorang janda yang telah mempunyai seorang anak, anak tiri tersebut pun layak ke?

Bagaimana dengan pembahagian pencen tersebut? Cara pengiraannya?

Sepatutnya saya la yang dapat lebih kan, sebab saya isteri pertamanya? Selama 6 bulan sejak suami saya sakit, sayalah yang menjaganya.

Tolong ya Encik.. Tolong lah berikan penjelasan terhadap persoalan saya di atas ini. Serabut perut dah ni… huhuhu

Cara Kira Pencen Terbitan Bagi Pesara Yang Meninggal Dunia dan Meninggalkan 2 Orang Balu

Pencen Terbitan merupakan suatu faedah persaraan yang dibayar setiap bulan kepada balu atau duda, dan anak anggota berpencen (mati dalam perkhidmatan) atau pesara yang telah meninggal dunia (mati dalam persaraan).

Cara kira pencen terbitan bagi pesara yang meninggal dunia dan meninggalkan 2 orang balu

Formula perkiraan Pencen Terbitan adalah sama dengan formula yang digunakan bagi Pencen Perkhidmatan.

Kadar bayaran pencen terbitan adalah mengikut pembahagian syer berikut :

a) Balu/Balu-balu/Duda : 2 syer bagi tiap-tiap seorang

b) Anak-anak : 1 syer bagi tiap-tiap seorang anak.

Pencen terbitan ini layak dituntut oleh:

– balu/balu-balu/duda

– anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun

**ibu bapa gemulah (si mati) tidak layak menerima pencen terbitan

Adakah Balu Kedua Layak Memohon Pencen Terbitan Suami?

Adakah balu ke 2 ini juga layak memohon pencen terbitan suami saya? Jika ya, sampai bila?

Jawapan: Ya, jika dapat dibuktikan bahawa perkahwinan tersebut dilangsungkan secara sah, maka isteri kedua juga layak menuntut pencen terbitan tersebut.

*** dalam kes ini, kedua-dua isteri dikahwini oleh gemulah semasa gemulah masih sedang berkhidmat, oleh itu, kedua-duanya layak menerima pencen terbitan tersebut sepanjang hayat, tiada had tempoh, tiada susutan kadar pencen, walaupun balu-balu ini berkahwin semula dengan suami baharu di masa akan datang.

Adakah anak hasil perkahwinan ke dua ini juga layak menerima pencen suami saya?

Jawapan: Ya, setiap anak di bawah umur 21 tahun termasuklah anak kandung, anak tiri atau anak angkat (yang telah didaftarkan) layak menuntut pencen terbitan tersebut

*** sekiranya pesara mempunyai anak yang cacat otak atau anak yang hilang upaya jasmani, cacatnya kekal dan tidak berupaya menanggung dirinya sendiri, maka anak cacat ini layak menerima pencen terbitan sepanjang hayatnya.

Adakah sepatutnya saya yang dapat lebih pencen terbitan tersebut sebab saya isteri pertamanya?

Jawapan: Tidak semestinya. Pembahagian pencen terbitan dibuat mengikut formula perkiraan dan pembahagian syer sepertimana mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimana pembahagian pencen terbitan tersebut dibuat?

Jawapan: Untuk menjawab soalan ini, kami sertakan contoh bagaimana perkiraan pencen terbitan dibuat sekiranya gemulah (si mati) meninggalkan 2 orang balu dan 5 orang anak dengan kadar pencen bulanannya RM1,000.

Semoga penjelasan ini dapat membantu pemahaman berkenaan isu pencen terbitan ini.

4 thoughts on “Pencen Terbitan Bagi Pesara Yang Meninggal Dunia dan Meninggalkan 2 Orang Balu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge