PEMERKASA:Bantuan One Off RM500 Untuk B40 dan Penerima BPR

Kerajaan bersetuju memberi bantuan one off sebanyak RM500 kepada golongan B40 yang kehilangan pendapatan. bayaran tambahan RM500 juga akan diberi kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah.

Bantuan one off

“Kerajaan akan memperuntukkan RM1.2 bilion kepada 2.4 juta penerima untuk mendapatkan bantuan ini,melalui pakej Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi atau PEMERKASA telah diperkenalkan sebentar tadi bagi membantu golongan B40 yang masih terjejas.

Kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun depan ke akaun penerima.

Siapa Yang Layak Menerima Bantuan One Off

Golongan penerima yang layak menerima bantuan RM500 secara one-off adalah terdiri daripada

  • Individu yang kehilangan kerja
  • Golongan rentan & kurang upaya
  • Penerima BPR pendapatan RM1,000 dan ke bawah

Kedua-dua kategori itu membabitkan penerima berusia antara 21 hingga 60 tahun dan tidak membabitkan proses pendaftaran permohonan.

Bantuan one off

Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Bagi individu berstatus bankrap, Perdana Menteri berkata, Jabatan Insolvensi Malaysia akan memudahkan urusan mereka dengan pihak bank dalam menerima bantuan kerajaan.

2 thoughts on “PEMERKASA:Bantuan One Off RM500 Untuk B40 dan Penerima BPR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *