Pelajar Sekolah PdPR 2 Minggu Selepas Cuti Raya

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Md Jidin mengumumkan untuk melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran di rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti sekolah sempena sambutan Aidilfitri.

Sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Sesi Persekolahan Secara PdPR

Keputusan ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM.

Cuti Sekolah Bermula Lebih Awal

Selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.

Pelajar dan murid yang tinggal di asrama sekolah di bawah KPM di seluruh negara turut akan dibenarkan pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dan juga akan melalui PdPR dalam tempoh dua minggu selepas cuti itu.




Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *