Seperti yang kita tahu, sebelum ini Syarikat Google telah mengamalkan polisi bekerja dari rumah (work from home) ketika dunia di landa pendemik Covid-19. Kini Google yang merupakan gergasi dalam teknologi akan menukar kembali polisi bekerja dari rumah kepada kembali ke pejabat
Kenapa polisi ini berubah? Sedangkan Google memang dikenali sebagai syarikat yang mempunyai polisi kerja lain dari yang lain.

Antara Sebab Pekerja Google Kembali ke Pejabat
Jom kita baca perkongsian dari Razak Zaha kenapa Google minta pekerja kembali ke pejabat.
- Ada kebanyakan pekerja merasakan work-life balance terjejas. Oleh kerana terdapat perbezaan masa antara pasukan di kawasan lain, sesetengah pekerja merasa terbeban dgn komitmen masa.
- Kurangnya budaya inovasi dikalangan pekerja. Jika anda pernah menonton filem The Internship, boleh nampak budaya kerja di pejabat Google. Kebanyakan hasil ciptaan wujud dari permasalahan harian yg dikongsi pekerja mereka.
- Syarikat dah melabur perbelanjaan agak besar untuk ruang pejabat, maka agak masuk akal kenapa syarikat sedikit kecewa kakitangan tak masuk pejabat (campus Google)
- Dalam satu sesi town hall dengan CEO Google – Sundar Puchai, sebab utama mereka wajibkan kembali ke pejabat adalah untuk membolehkan kakitangan mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat.
- Eric Schmidt, bekas CEO Google punya pendapat yang senada dengan Sundra Puchai. Pengalaman kerja secara fizikal, kolaborasi dan tunjuk ajar dari staff senior agak penting. Terutama bagi mereka yg berusia antara 25-35 tahun. Kemahiran pengurusan amat penting, dan ianya perlu dibina secara hubungan fizikal.
Justeru, Google akan menukar polisi kepada bekerja 3 hari di pejabat dan selebihnya di rumah/remote. Jadi ianya diharap akan dapat membantu mengimbangi kegusaran sesetengah pekerja dlm mempersoalkan work-life balance dan juga keupayaan membina kareer.
Kerja 3 hari di pejabat pun dah okay tu kan.
Geng Borak recently posted…10 Tempat Pelancongan Yang Viral dan Baru di Selangor 2022
Pun masih OK dapat kerja 3 hari di ofis, selebihnya WFH.. ujian pandemik byk hikmahnya..
Laila recently posted…Ibu Ini Kongsi Pengalaman Anak-anak Bertarung Nyawa Sebab Keracunan Gas Karbon Monoksida Di Dalam Kereta