Pasport Vaksin Selepas Ambil Suntikan Vaksin Covid-19

Dapat pasport vaksin selepas ambil suntikan vaksin Covid-19?

Kerajaan Malaysia berhasrat mengeluarkan pasport vaksin sebagai dokumen pengesahan bagi individu yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba. Beliau berkata, ketika ini, kaedah perakuan berkenaan sedang diperhalusi di semua peringkat.

“Terdapat dua kaedah dicadang diguna pakai nanti iaitu melalui MySejahtera yang boleh dipamerkan (terima suntikan) selain penyediaan dokumen secara fizikal iaitu dalam bentuk pasport yang turut diterima negara lain. “Jika kita ke luar negara seperti Arab Saudi, kita perlu ada pasport kesihatan. Bagi negara lain, kita akan cuba untuk berunding untuk menyelaraskan perkara ini di peringkat antarabangsa,”

Datuk Seri Dr Adham Baba
Pasport vaksin

Dokumen Vaksin Untuk Pelancong Luar

Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia sedang memuktamadkan urusan penggunaan dokumen vaksin bagi membolehkan individu yang tiba di lapangan terbang dan mempunyai rekod vaksinasi tidak perlu dikuarantin. Perbincangan ke arah itu sudah dimulakan bersama KKM dan MOSTI.

Dokumen berkenaan, berupaya menghidupkan kembali sektor penerbangan di Malaysia dan serantau yang sebelum ini terjejas teruk susulan sekatan penerbangan keluar masuk disebabkan penularan pandemik COVID-19.

dokumen vaksin

Media sebelum ini melaporkan, Immunitee Health Passport dari Malaysia bekerjasama dengan Affinidi yang diasaskan oleh syarikat Temasek, untuk menyediakan pasport kesihatan pertama dan diterima di Singapura menerusi platform digital Unifier Affinidi.

Immunitee Health Passport adalah sistem menyimpan rekod imunisasi peribadi dan data vaksin, yang membantu memudahkan proses pemeriksaan pengguna di pusat pemeriksaan kesihatan sempadan.

Ia juga memastikan perlindungan data dan keselamatan menerusi blockchain dan mengesahkan ketulenan ujian dan vaksin COVID-19.

Awal bulan lalu, Arab Saudi melancarkan program pasport kesihatan bagi memudahkan pihak berkuasa memantau mereka yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19.

One thought on “Pasport Vaksin Selepas Ambil Suntikan Vaksin Covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *