Pernah makan kerabu bronok? Kalau gi Langkawi, rugi kalau tak mencuba makanan tradisi ni.
Bronok ini kelihatan seakan – akan timun laut, mempunyai tekstur kulit yang sangat licin serta lembik seperti sotong. Ia terdapat dalam beberapa warna iaitu coklat kehitaman dan juga merah muda. Isinya adalah sangat kenyal dan agak masin.

Sajian Kerabu Bronok di Restoran Siti Fatimah
Di Langkawi, kalau nak makan kerabu bronok ni boleh singgah di Restoran Siti Fatimah. Salah satu restoran yang abam wajib singgah.
Dah la harga murah, makanan pun sedap-sedap belaka. Terletak di Kampung Mata Air, restoran ni memang tumpuan pelancong.
Restoran ini menyajikan pelbagai masakan tempatan Melayu utara semasa makan tengahari. Waktu yang terbaik untuk menikmati hidangan makan tengahari di sini adalah pada jam 11.30 pagi kerana ketika itu masih belum ramai pelanggan yang datang.
Dengan trademark “Kalau sedap bagitau kawan kawan,Tak sedap bagitau kami”, waktu perniagaan setiap hari Khamis hingga Selasa. Bermula jam 8.00 pagi hingga 5 petang.
Info
Restoran Siti Fatimah
Batu’5,Kg.Mata Air,Jln Makam Mahsuri, 07000 Langkawi
012-473 7430
Facebook : Restoran Siti Fatimah
2 thoughts on “Nikmati Kerabu Bronok di Restoran Siti Fatimah”