Neelofa Disunting PU Riz – Bakal Nikah 2021

Satu khabar yang menggembirakan buat peminat selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa. Hari ini Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz.

Menurut Astro AWANI, kunjungan itu adalah bagi menyempurnakan acara merisik. Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat pasangan berkenaan.

Sumber keluarga pasangan berkenaan memberitahu, Neelofa yang baru-baru ini membuat keputusan untuk berniqab menerima sebentuk cincin sebagai tanda dia sudah disunting.

Neelofa di risik PU Riz

Neelofa dan PU Riz Bakal Nikah 2021

Neelofa dan PU Riz juga difahamkan bakal disatukan sebagai suami isteri pada penghujung Mac 2021.

Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Neelofa dan PU Riz Nikah 2021

Sebelum majlis merisik diadakan di sebuah kediaman di Taman Tun Dr Ismail, di sini itu, seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh PU Riz.

Sumber yang turut menghadiri majlis merisik itu memaklumkan, keluarga kedua-dua pihak juga menyerahkan kepada Neelofa dan PU Riz untuk menentukan perancangan perkahwinan mereka termasuk jumlah hantaran.

Sebelum ini gosip tentang hubungan mereka banyak diperkatakan di media sosial. Namun kedua-duanya tidak pernah menafi atau mengaku. Hanya peminat yang berteka-teki dengan hubungan akrab mereka.

Kedua-dua mereka sering dilihat bekerjasama dalam pelbagai program keagamaan selain aktif dalam kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kasih Neelofa yang diasaskan selebriti wanita yang mempunyai lapan juta pengikut di akaun Instagram.

Bersama-sama kita mendoakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

Please follow and like us:

One thought on “Neelofa Disunting PU Riz – Bakal Nikah 2021

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *