Siapa yang tidak kenal dengan pengacara dan usahawan fesyen terkenal, Neelofa. Semalam berita tentang Neelofa berniqab menjadi bualan hangat di media sosial.
Ibu Neelofa, Datin Noor Kartini turut berkongsi sebuah video menunjukkan penampilan terbaru anaknya itu yang menampakkan bahagian matanya sahaja.
Masya-Allah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dengan karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang banyak mengajarku, yang menjadi inspirasiku. Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat Islam, amin. Love you bidadariku
Kapsyen yang ditulis oleh ibu Neelofa

Doakan Perjalanan Saya – Neelofa
Bersama penghijrahan penampilan baharunya itu, Neelofa juga tak henti meminta doa agar keputusan yang diambil mampu mempertahankan istiqamahnya.
Doakan saya insan yang penuh dengan kekhilafan ini agar sentiasa istiqamah dalam memperbaiki diri dan ampuh melalui datangnya hari.
Kirimkan juga buat perjalanan baharu saya nanti agar sentiasa dalam rahmat dan reda Ilahi. Insya Allah semoga kita sentiasa dilindungi Allah dan selalu berada dalam rahmat dan ehsanNya.
Peminat-peminat Neelofa sendiri tidak henti-henti memberi komen dan bersyukur dengan penampilan terbaharu beliau. Ramai yang memberi kata-kata semangat buat Neelofa.
Wanita hiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah
One thought on “Neelofa Berniqab – Doakan Perjalanan Saya”