Nasi Kandar Menerokai Warisan Makanan Tradisi

Nasi kandar. Bagi abam yang dibesarkan di Sungai Petani memang sinonim dengan makanan popular ini. Masih ingat lagi pada tahun 80-an, setiap kali arwah bapak dapat gaji, pasti kami sekeluarga akan pergi makan nasi kandar.

Restoran nasi kandar yang kami selalu pergi ialah Shariff Nasi Kandar. Keunikan restoran ini, tauke air adalah bangsa Cina, nasi kandar mamak dan ada Melayu yang menjual mee goreng.

Memang seronok dapat menikmati nasi kandar. Kiranya macam makan besar. Nasi kandar samalah seperti adanya nasi dagang di Kelantan atau Terengganu.

Kini populariti nasi kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung. Kadang kala kita tertanya-tanya apa yang membezakan nasi kandar dengan nasi-nasi yang lain. Nasi kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan).

Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar ialah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan lain lain. 

Sejarah Nasi Kandar

nasi kandar

mengimbas sejarah nasi kandar, kita akan ke selatan India. Di sinilah bermulanya di mana pedagang-pedagang India Muslim berulang alik antara India dan Semenanjung.

Pada mulanya pengaruh masakan mereka ini tertumpu di utara Semenanjung sahaja: Alor Setar, Kangar, Sungai Petani dan Pulau Pinang. Lama kelamaan populariti nasi kandar ini menular keseluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau “Mamak Malaysia” dan gerai hidangan India Muslim.

Istimewanya Nasi Kandar

Mungkin ada di antara kita hanya melihatnya sekadar nasi putih biasa atau seakan-akan nasi campur. Hakikatnya, nasi kandar bukan sekadar nasi campur biasa.

Resipi nasi kandar diilhamkan oleh golongan India Muslim atau mamak. Berdasarkan sejarah, pedagang India Muslim dari wilayah-wilayah selatan India seperti Malabar datang ke Tanah Melayu pada kurun ke-16. Mereka mencipta resipi nasi kandar dengan berpuluh-puluh jenis rempah dan menyesuaikannya dengan persekitaran di Tanah Melayu.

Nasi kandar pada zaman awal cuma dihidangkan pada waktu pagi dan gelaran kandar kekal hingga kini sempena gaya penjual dekad 1930-an mengandar bakul atau raga yang mengandungi nasi dan lauk dengan sebatang kayu tebal. Dengan kaedah itu, mereka merentasi pekan dan kampung menjaja makanan tersebut. Pada peringkat awal, nasi dihidangkan bersama lauk daging masak kicap, telur rebus dan bendi rebus sebagai sarapan pagi.

Nasi kandar sememangnya sangat istimewa di hati rakyat negara ini. Peminatnya bukan sahaja terdiri daripada orang dewasa malah kanak-kanak turut sama meminatinya.

Hidangannya yang terdiri daripada pelbagai campuran kuah serta lauk digemari oleh semua kaum di negara ini sejak sebelum negara mencapai kemerdekaan lagi.

Nasi kandar satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan.

Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng.

Hidangan sayur itu biasanya adalah seperti terung, bendi atau peria. Satu campuran sos kari dituang pada nasi. Ini dipanggil ‘banjir’ (pembanjiran) dan menyampaikan satu rasa pelbagai pada nasi.

Mengikut tradisi, nasi kandar selalu dihidangkan bersama hidangan sampingannya dalam satu pinggan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *