Nak Beli Rumah Subsale? REN ni Kongsi Kos Pembelian

Ramai sekarang yang berminat untuk membeli rumah subsale. Secara asasnya, rumah subsale adalah rumah yang dibeli daripada pihak kedua atau ketiga selepas pihak pemaju asal.

Dalam bahasa yang lebih mudah, rumah subsale adalah rumah secondhand.

Nak beli rumah ni kena bijak. Jangan sampai tak cukup cash nak bayar! Wajib ambil tahu kos-kos yang terlibat.

Rumah subsale

Walaupun ada option lain untuk kita yang tak banyak cash, kita still perlu tahu anggaran kos yang terlibat dalam proses pembelian rumah.

Ini sangat penting supaya kita lebih bersedia dari segi kewangan dan taklah terkejut bila tiba-tiba ada pihak yang terlibat meminta bayaran untuk sesuatu urusan pembelian rumah kita.

Kos yang kita perlu ada bukan hanya setakat 10% deposit sahaja ye. Ada lagi bayaran lain yang perlu kita ambil kira.

Nak tahu kos apa yang terlibat? Jom baca perkongsian dari REN Zuren.

Kos Untuk Beli Rumah Subsale

Secara general, ini antara kos-kos terlibat yang perlu kita sediakan.

Kos Deposit

Biasanya kos deposit adalah 10% daripada harga rumah dan dibayar 2 kali.

3% dibayar semasa nak booking rumah. Duit booking ni perlu dibayar atas nama akaun agensi hartanah, bukan akaun persendirian ejen ye!

Baki 7% pula perlu dibayar selepas sign perjanjian jual beli (S&P).

7% ni jugak boleh bayar melalui pengeluaran KWSP. Kalau nak guna KWSP kena mintak izin penjual dulu sebab sesetengah penjual rumah mungkin urgent nak guna duit cepat.

Kemudian, bank biasanya akan beri pinjaman perumahan sebanyak 90% daripada harga rumah. (Untuk rumah pertama dan kedua sahaja).

Kos Yuran Guaman (S&P dan Duti Setem)

Bayaran peguam memang agak mahal. Tapi, bukan semua bayaran tu adalah milik peguam ye. Peguam perlu uruskan kos-kos berkaitan seperti kos S&P dan Duti Setem.

Selain kos profesional, peguam juga perlu bayar kos disbursement seperti kos carian pejabat tanah, carian kebankrapan dan lain-lain.

kos yuran guaman

Anggaran kasar kos adalah sekitar 3%-4% dari harga rumah.

Kos Berkaitan Perjanjian Pinjaman

Kos ini biasanya dimasukkan sekali dalam pinjaman perumahan. Anggaran kasar kos adalah lebih kurang 2.5%.

Kos Penilaian (Valuation)

Ini merupakan kos untuk bayar jurunilai rumah (valuer) yang menilai harga pasaran rumah yang kita nak beli. Pihak bank akan gunakan valuer panel mereka bagi menilai harga rumah dan akan berikan pinjaman berdasarkan penilaian rumah yang dilakukan oleh valuer ini.

Anggaran kasar kos adalah sekitar 0.25% atau RM1,000. Kos boleh dimasukkan sekali ke dalam nilai pinjaman perumahan.

Kos Takaful / Insurans

Takaful ni tak wajib, tapi sangatlah penting dan sangat digalakkan. Takaful dapat bantu cover baki pinjaman perumahan kita sekiranya berlaku kematian atau lumpuh.

Takaful untuk rumah ada 2 jenis iaitu:

MRTT (Mortgage Reduce Term Takaful) – Biasa dimasukkan sekali dalam pinjaman perumahan.

MLTT (Mortgage Level Term Takaful) – Bayaran tidak dimasukkan sekali dalam pinjaman perumahan.

Kos Ejen Hartanah

RM0 ! Pembeli memang tak perlu bayar apa-apa kepada ejen hartanah. So, tak perlulah takut nak beli rumah dengan ejen.

Duit booking 3% yang kita perlu bayar kepada ejen itu adalah milik penjual rumah. Penjual rumah yang membayar kos ejen hartanah.

Begitulah praktis ejen hartanah di Malaysia.

Kesimpulannya, anggaran kasar kos-kos yang terlibat bila nak beli rumah subsale ni kena ada at least 15-16% dari harga rumah untuk selamat.

Ada sesetengah kos yang kita boleh jimat seperti guna duit KWSP. Ada kos yang boleh dimasukkan sekali dalam pinjaman perumahan (zero entry cost), tapi interest rate akan jadi lebih tinggi daripada biasa

.Pokok pangkalnya rajin-rajinkanlah menambah ilmu sambil kumpul duit nak beli rumah. Tak kiralah nak beli rumah untuk investment atau duduk sendiri, kita mesti nak untung bila beli rumah kan?

Nak cari rumah dengan Ejen Hartanah Berdaftar?

Boleh hubungi REN Zuren. Klik saja DI SINI

REN Zuren

3 thoughts on “Nak Beli Rumah Subsale? REN ni Kongsi Kos Pembelian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge