Minyak Wangi Lelaki – Tips Untuk Kekal Lama

Minyak wangi bukan sekadar membangkitkan semangat dan keceriaan, sebaliknya haruman semerbak membuatkan penampilan lebih berkeyakinan serta selesa. Rutin lazim sama ada lelaki atau wanita, sebelum bersiap ke pejabat, keluar bersantai atau ke mana saja urusan, tidak lengkap jika tidak menyemburkan minyak wangi pada tubuh.

Minyak wangi, perfume atau eau de parfum bagi lelaki adalah identiti mereka. Mereka jarang menukar haruman berbanding wanita yang mempunyai rangkaian wangian yang pelbagai. Si jejaka percaya pada satu haruman yang cukup kuat bertindak sebagai simbol kehadiran mereka. Paling banyakpun, lelaki akan menyimpan tiga jenis minyak wangi untuk acara berbeza.

Memilih minyak wangi yang sempurna bagi tubuh anda merupakan proses eksperimen berbentuk peribadi. Ia memerlukan kesabaran namun selepas menemui yang bertepatan dengan selera, ia amat berbaloi.

Mereka yang baru berjinak-jinak dengan minyak wangi disarankan membeli haruman berdasarkan personaliti diri. Pertama sekali cari jenama yang digemari dan dipercayai. Selepas itu, pencarian minyak wangi berpandukan personaliti bermula.

Individu yang arif tentang minyak wangi sudah tentu memiliki haruman kegemaran dan percubaan menukar minyak wangi pasti dipengaruhi kecenderungan deria terhadap bau yang terdapat pada minyak wangi terdahulu. Kenal pasti kandungan haruman baharu bagi mencipta kelainan.

minyak wangi lelaki
Photo by Felipe @plqml from Pexels

Tip Haruman Kekal Lebih Lama

1. Elak makan pedas sekurang-kurangnya dalam tempoh 24 jam

2. Elak sembur terlalu dekat pada kulit.

3. Sembur minyak wangi sebelum memakai baju

4. Bagi membuatkan haruman bertahan lama, semburkan minyak wangi pada sesuatu seperti kot, lengan atau rambut.

5. Mitos bahawa tidak boleh menggosok minyak wangi selepas disembur juga boleh diaplikasi kerana kaedah itu tidak merosakkan tekstur wangian tersebut. Ia sebaliknya membantu membebaskan bahan peringkat atasan (top notes) lebih pantas.

6. Semburkan pada rambut untuk tahan lebih lama.

7. Jika anda menggunakan haruman jenis eau de toilette (EdT), sembur setiap enam jam bagi mengembalikan bau. Kalau mahu menukar haruman, pastikan anda mandi terlebih dulu bagi mendapat kesan terbaik,

8. Biarkan beberapa minit untuk melihat kesan wangian itu bertindak balas dengan tubuh dan kulit.

9. Biarkan haruman larut dengan keadaan sekeliling.

Sementara itu, sekiranya anda bersin serta-merta selepas menghidu minyak wangi, jangan anggap ia sebagai alergi kerana ia hanya respons deria kepada reseptor hidung untuk sementara.

Alergi haruman selalunya melibatkan ruam pada kulit. Bagi mengenal pasti kandungan apa yang menyebabkan masalah itu, lakukan ujian kulit.

Berdasarkan keputusan ujian, anda boleh mengelak daripada membeli minyak wangi yang mengandungi bahan yang sama. Berbeza pula dengan bau badan, lelaki yang mengalami permasalahan itu perlu mengerti bahawa minyak wangi bukan alternatif bagi menutup kelemahan tersebut.

Minyak wangi berfungsi sebagai produk kecantikan dan memberi si pemakai kelebihan untuk beremosi, sama seperti aksesori mewah yang lain. Jejaka yang berdepan dilema bau badan boleh mencuba haruman jenis oriental kerana kandungan kompleks yang disediakan minyak wangi ini dapat membantu mereka.

Lelaki yang menggunakan wangian sebagai rejimen harian mahukan bau yang tidak terlalu menyerlah dan cukup sekadar menyenangkan diri dan orang sekeliling. Mereka tidak mahu haruman yang dipakai melampaui batas deria bau.

Apabila memilih minyak wangi, kaji keseluruhan haruman terlebih dahulu agar ia mampu memenuhi keinginan diri. Kebanyakan wangian lelaki terutama dalam kumpulan sitrus dan aromatik lebih tertumpu pada kandungan minyak yang rendah seperti EdT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *