Melayu dan pepatah tak dapat dipisahkan. Pepatah Melayu mengatakan, masa itu emas. Kita diajar bahawa masa itu tersangat berharga dan tak ternilai.
Memetik dari status Ustaz Syamsul Amri Ismail, andai Tuhan mengurniakan masa kepada hambaNya dalam bentuk emas dan permata, sudah tentu kita tidak akan pernah membuangnya walau sebutir pun.
Mereka yang sangat beruntung ialah mereka yang berjaya memanfaatkan segenap saat dari masa-masa hidupnya. Sebaliknya, mereka yang hanya mensia-siakan masa ibarat membuang emas permata dari kehidupan mereka.

Tercantas, atau mencantas, dengan pedang masa. Masa itu ibarat pedang, kata bidalan Arab. Pedang tak bermata, tanpa belas mencantas mangsanya.
Kitalah itu, yang sedang bermain dengan pedang dalam kehidupan ini. Sama ada mahu atau tidak, sama ada mahir atau tidak.
Kita sendiri yang akan berusaha untuk memahirkan diri dalam menguruskan masa. Yang handal dan mahir bermain pedang, akan sentiasa cermat mencantas
.Namun awas, yang jelas jika culas, diri sendiri akan tercantas. Yang paling jauh itu, masa silam yang takkan kembali.
Tanggungjawab yang harus dilaksana lebih banyak dari masa yang ada.
Imam Hassan Al-Banna
Kerana itu, saban hari harus tetapkan misi dan visi. Biar jelas dan tegas.
Sematkan niat kerja untuk ibadat, agar tak terasa beban memberat.
Didik diri, buat kerja jangan bertunda. Kerana yang bertunda itulah yang membuatkan beban berganda.
Masa Itu Emas. Kerana Lewat 3 Minit, Emas Ziyad Ditarik Semula
Sekarang hangat dibincangkan mengenai pingat emas atlit Paralimpik negara Muhammad Ziyad Zolkefli ditarik semula.

Lewat tiga minit menjadi punca atlet lontar peluru negara Ziyad terlepas pingat emas dan rekod dunia di Paralimpik Tokyo. Pelbagai versi punca kelewatan dilaporkan sebelum ini, antaranya lewat dua minit kerana menelefon ibu, kesesakan ke bilik menunggu dan hujan lebat, namun ia bukan alasan yang diberikan dalam rayuan.
Menurut jurucakap Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC), Craig Spence, rayuan Ziyad dan dua atlet lagi – Jordi Patricio Congo Villalba (Ecuador) dan Todd Hodgetts (Australia) – ditolak kerana alasan diberikan terlalu lemah.
Alasan mereka ialah tidak mendengar pengumuman atau ia dalam bahasa yang mereka tidak faham.
Bagi Spence, keputusan dibuat IPC adalah wajar dan tidak terlalu keras.
Menurut Spence, Tiga atlet itu tiba tiga minit lewat. Orang lain tiba lima minit lebih awal. Jadi ia bukan satu hukuman yang keras,
Ziyad merangkul emas dengan selepas dua kali memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter, tetapi dibatalkan berikutan bantahan Ukraine kerana lewat masuk ke bilik menunggu.
Atlet Ukraine Maksym Koval diisytiharkan pemenang pingat emas.
Semoga isu masa ini menjadi pengajaran buat kita semua. Sekarang bukan masa untuk menuding jari.
Baiki kesilapan dan mulakan yang baharu.
Bila masa sentiasa dijaga tanpa lewa, tiada dalih bakal tercipta. Tiada alasan, bahkan tiada penipuan untuk menutup kesilapan.
Alkisahnya. Itulah yang patut jadi pengajaran. Sudah berjuang dan menang, namun kalah pula
Geng Borak recently posted…Tarikh Bayaran Bantuan Khas Covid19 (BKC 2021) – Bermula 6 September