Malaysia Tidak Menghantar Jemaah Haji Musim 1442H

Pastinya ramai yang tertunggu-tunggu khabar berita tentang ibadah haji bagi tahun ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberitahu Malaysia tidak akan menghantar jemaah haji bagi musim 1442H.

Ini selari dengan kenyataan Arab Saudi memutuskan ibadat haji hanya untuk warganegaranya dan penduduk negara lain yang telah berada dalam Arab Saudi sahaja. Malaysia akur serta menghormati keputusan yang dibuat kerajaan Arab Saudi.

Saya memohon maaf kepada semua bakal jemaah haji yang amat cinta dan rindukan dua Tanah Suci kerana terpaksa menangguhkan ibadah Haji pada tahun ini.

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyatakan keputusan ini sudah pasti amat berat dan sukar untuk diterima, tetapi kita tetap yakin dengan hikmah di sebalik keputusan tersebut.

Ibadah haji
Photo by Shams Alam Ansari from Pexels

Sesungguhnya hifz al-nafs (memelihara nyawa) adalah salah satu daripada prinsip Maqasid Syariah yang sentiasa dijunjung oleh Kerajaan Malaysia dalam mengambil sebarang keputusan.

Beliau telah dihubungi sendiri Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Abdelfattah Sulaiman Mashat hari ini untuk dimaklumkan mengenai keputusan yang dibuat Arab Saudi. Beliau mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada Khadimul Haramain Raja Salman bin Abdulaziz dan Kerajaan Arab Saudi yang sentiasa menjaga dan memelihara hubungan baik dengan Kerajaan Malaysia.

Rakyat Malaysia Di Arab Saudi Yang Terpilih Di Urus Oleh TH

Arab Saudi hari ini mengumumkan Ibadah haji bagi tahun ini hanya akan melibatkan jemaah dari dalam Arab Saudi sahaja susulan keadaan semasa pandemik COVID-19 dan kemunculan varian baharu.

Kementerian Haji & Umrah mengumumkan Haji 1442 (2021) akan terhad kepada penduduk dan warganegara Arab Saudi.

Jumlah jemaah seramai 60,000 jemaah haji, untuk penduduk semua kewarganegaraan dan warganegara di dalam Kerajaan Arab Saudi yang telah divaksinasi dengan 1 atau 2 dos.

Kerajaan Malaysia akan memastikan segala urusan rakyat Malaysia yang telah berada di sana dan terpilih untuk melaksanakan ibadah Haji bagi Musim Haji 1442H diuruskan dengan sebaiknya oleh Lembaga Tabung Haji, selaras dengan Prosedur Standard Operasi (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Marilah kita berdoa agar tahun hadapan kita bersama-sama dapat mengerjakan ibadah haji. In sya Allah.

Sebelum tu boleh kita tambah simpanan di Tabung Haji. Baca artikel ini Cara Mudah Buat Simpanan Tabung Haji

One thought on “Malaysia Tidak Menghantar Jemaah Haji Musim 1442H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge