Majlis Kahwin Ketika ‘Lockdown’, Siapa Yang Gagal?

Ketika kes Covid-19 mencanak naik, ramai di media sosial menulis dengan tanda pagar kerajaan gagal. Pakat-pakat bising mohon kerajaan laksanakan sekatan pergerakan penuh atau lockdown. 1 Jun lepas dilaksanakan lockdown namun ada yang melanggar juga. Banyak kompaun telah dikeluarkan. Siap ada buat kenduri kahwin lagi.

Terbaharu di Butterworth penganjur dan jurugambar dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP). Mereka menganjurkan majlis perkahwinan semasa pelaksanaan sekatan pergerakan penuh,

Majlis kahwin

Kesalahan itu dikesan ketika pasukan polis menjalankan operasi pemantauan SOP dan mendapati sebuah rumah dipercayai mengadakan aktiviti sosial.

Pemeriksaan di rumah berkenaan mendapati tuan rumah menganjurkan aktiviti sosial dengan meraikan perkahwinan anak lelakinya meskipun majlis perkahwinan tidak dibenarkan ketika ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mereka masing-masing dikompaun RM2,000 atas kesalahan berkenaan.

19 Tetamu Di Majlis Kahwin

Semasa polis membuat pemeriksaan, terdapat 19 ahli keluarga termasuk pasangan pengantin dan seorang jurugambar berada dalam kediaman itu. Dipercayai, majlis itu diadakan bagi meraikan anak lelaki penganjur, namun ia tidak sesuai diadakan dalam keadaan ketika negara berdepan penularan wabak COVID-19.

Pihak Polis Diraja Malaysia terkilan dengan sikap sesetengah individu yang masih gagal mematuhi SOP dengan menganjurkan majlis yang tidak dibenarkan tanpa menghiraukan situasi semasa.

Sikap (individu) sebegini hanya mementingkan diri tanpa menghiraukan situasi terkini. Kedegilan mereka yang tidak patuh SOP menyebabkan usaha bagi menghentikan virus Covid-19 gagal.

Polis tidak akan berkompromi dan sentiasa akan membuat pemantauan dengan mengambil tindakan kepada mereka yang ingkar

Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor

Sumber : Harian Metro

Sikap begini yang sebenarnya menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19. Ramai yang masih berdegil dan ikut kepala masing-masing.

Sekarang ni kalau tak buat majlis pun orang tak cakap apa aihhhh.

2 thoughts on “Majlis Kahwin Ketika ‘Lockdown’, Siapa Yang Gagal?

Leave a Reply to Geng Borak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge